Skip to main content

Malaysia

Anggota JPJ maut, kenderaan dirempuh ketika buat pemeriksaan lori

Keadaan lori yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, susur keluar Senawang, malam Khamis. - Foto Sinar Harian
Keadaan lori yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, susur keluar Senawang, malam Khamis. - Foto Sinar Harian

Advertisement

SEREMBAN: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut, manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jabatan itu dan dua lori di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, susur keluar Senawang di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu dikatakan berlaku ketika anggota JPJ berkenaan sedang menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah lori di lorong kecemasan.

Bagaimanapun, sebuah lori lain yang datang dari arah belakang dipercayai hilang kawalan lalu merempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) JPJ dan lori yang sedang diperiksa.

Setakat ini pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian, namun pegawai kanan JPJ Negeri Sembilan mengesahkan seorang anggotanya maut dalam kejadian itu. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement