KUALA LUMPUR: Beberapa anggota Kabinet berkongsi ucapan Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2023 menerusi media sosial masing-masing dan mendoakan Wilayah Persekutuan terus sejahtera dan maju.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam hantaran melalui Facebook mendoakan agar Wilayah Persekutuan dan warganya terus pesat membangun dan memacu ekonomi negara, demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama.
"Bersama-sama kita menyemarakkan lagi nilai-nilai perpaduan, kesefahaman dan kekitaan dalam kalangan kita supaya terus utuh dan padu demi mendepani apa jua cabaran mendatang," kata Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mengucapkan Selamat Hari Wilayah Persekutuan menerusi satu hantaran di Facebook.
Menurut beliau, Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena memperingati peristiwa pada 1974 apabila Kuala Lumpur dipindahkan kepada pentadbiran Persekutuan.
"Wilayah Persekutuan Untuk Semua," katanya.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu juga berkongsi ucapan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2023 dalam Facebook beliau hari ini.
"Semarakkan rasa cinta dan sayang kepada negara dan eratkan hubungan sesama kita. Semoga pembangunan di Wilayah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan terus memacu pertumbuhan ekonomi negara dan mensejahterakan kehidupan rakyat," katanya.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yang turut berkongsi ucapan sama dalam satu hantaran Facebook beliau berkata slogan rasmi Hari Wilayah Persekutuan 2023 'Wilayah Persekutuan Untuk Semua' mencerminkan nilai perpaduan, kesefahaman dan kekitaan dalam masyarakat.
Turut mengucapkan Selamat Hari Wilayah Persekutuan di Facebook ialah Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Seluruh warga Kementerian Kesihatan (KKM) mengucapkan Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2023 kepada seluruh penduduk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, katanya.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pula berkongsi poster Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2023 menerusi Facebook beliau bersama ucapan 'Pengangkutan Mampan Nadi Pembangunan Negara'. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Feb setiap tahun di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena memperingati peristiwa pada 1974 apabila Kuala Lumpur dipindahkan kepada pentadbiran Persekutuan. - Gambar fail BERNAMA

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Anggota Kabinet ucap Selamat Hari Wilayah Persekutuan, doakan terus maju
Wilayah Persekutuan Untuk Semua!

Mat Sabu kini bergelar Datuk Seri, Shalin Zulkifli dianugerah pingat Datuk
Mohamad Sabu mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat bersempena Hari Wilayah Persekutuan.

Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023
Pelaksanaan program SHWP 2023 yang berlangsung sepanjang bulan ini, juga berkonsepkan mesra rakyat dan melibatkan penyertaan daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Pertunjukan air pancut berirama warnai pembukaan sambutan Hari Wilayah 2023
Rosida berkata, pertunjukan yang bermula dari jam 8 malam hingga 10 malam itu tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan.

Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2023 secara sederhana
Ia selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai langkah penjimatan dalam perbelanjaan yang perlu diamalkan.

DBKL tawar kadar khas notis kompaun mulai hari ini
DBKL menawarkan Kadar Khas Notis Kompaun 2022 bermula hari ini hingga 30 Jun depan, sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan Jubli Emas 50 Tahun Bandar Raya KL.

PM ucap selamat menyambut hari Wilayah Persekutuan 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2022, yang disambut hari ini.

Pemetaan cahaya berkonsep Keluarga Malaysia warnai Tangga Putrajaya
Pemetaan cahaya di mercu tanda baharu Putrajaya itu dari 9 malam hingga 11 malam, mulai 26 Jan hingga 29 Jan.

30 acara diatur sambut Hari Wilayah di Labuan
Labuan akan meneruskan acara meraikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan (FT) pada tahun ini, meskipun wabak COVID-19 masih melanda negara dengan 30 program diatur dengan pematuhan SOP norma baharu.

Bursa Malaysia beroperasi separuh hari pada Tahun Baharu Cina, tutup menjelang 1 dan 2 Feb
Bursa dan anak-anak syarikatnya akan meneruskan perniagaan pada 3 Feb 2022.