awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota Malbatt meninggal dunia dalam misi UNIFIL di Lubnan

Bernama
Bernama
07/12/2014
12:59 MYT
Anggota Malbatt meninggal dunia dalam misi UNIFIL di Lubnan
Malaysia menghantar ramai anggota Malbatt yang berpengalaman dalam misi keamanan di bawah panji PBB di Lubnan. - Gambar fail
Seorang anggota Malaysian Battalion 850-2 (Malbatt 850-2), Kopral Azman Che Soh yang bertugas dalam Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di Lubnan, meninggal dunia semalam setelah tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.
Pegawai Bahagian Hal Ehwal Awam Markas Angkatan Bersama (MKAB), Leftanan Kolonel Salawati Yahaya berkata, Azman meninggal dunia kira-kira pukul 10.45 pagi waktu tempatan (4.45 petang waktu Malaysia).
Katanya ketika Azman sedang bertugas di Kem UNP 2-1, Kem Marakah Lubnan, beliau didapati tidak sedarkan diri secara tiba-tiba dan dibawa untuk rawatan awal di Hospital Level 1, Malbatt oleh pegawai perubatan, Kapten Dr. Mohd Hamzi Mohd Yatim.
"Memandangkan anggota (Azman) masih tidak sedarkan diri, beliau telah dirujuk ke Hospital Level 2, Naquora dan dirawat oleh pakar perubatan hospital itu dan pada pukul 10.45 pagi waktu tempatan, beliau disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.
Salawati berkata punca kematian Azman belum dapat dipastikan dan post-mortem akan dilakukan pada 8 Disember ini di Hospital Hariri, Beirut, Lubnan.
"Sehingga kini, maklumat mengenai tarikh ketibaan jenazah ke Malaysia belum dapat dipastikan dan segala urusan jenazah Allahyarham akan diuruskan oleh pihak UNIFIL bersama Malbatt 850-2.
"Majlis penghormatan jenazah Allahyarham (Azman) dijangka akan diadakan di Pangkalan TUDM Subang dan akan diterbangkan ke Kota Bharu, Kelantan bagi urusan pengebumian," katanya.
Azman, 34, berasal dari Kg Pelunggol, Melor, Kota Baharu, bertugas di Rejimen 11 Gerakhas, Kem Sungai Udang, Melaka sebelum menyertai misi UNIFIL.
Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak iaitu dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki, masing-masing berumur 7 tahun, 4 serta 3 tahun.
Topic Berkaitan
#azman che soh
#lubnan
#Malaysia
#MALBATT
#misi
#UNIFIL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan