TAWAU: Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang cedera di bahagian mata dalam insiden berbalas tembakan di perairan Kunak pada Ahad buta sebelah mata kiri akibat kejadian itu.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, selamat menjalani pembedahan di Hospital Tawau dan dalam keadaan stabil.
"Saya telah melawat dia tadi Alhamdulillah, namun disebabkan kejadian itu saya nak maklumkan telah disahkan oleh pihak doktor yang mana dia akan buta sebelah mata sebab tak dapat nak selamatkan saraf dekat mata sebab peluru terkena saraf.
"Dia hilang sebelah mata kekal tanpa penglihatan, tetapi Alhamdulillah sebelah kanan elok. Jadi ini menjadi satu insiden amat sensitif pada kita," katanya pada sidang akhbar di sini pada Isnin.
Katanya lagi, seorang lagi anggotanya iaitu Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin, 35, yang cedera di kedua belah tangan juga dalam keadaan stabil.
Hamid berkata, suspek tersebut sebelum ini telah disiasat berada di kawasan di Suba Duyung dan Batik Parang untuk aktiviti jenayah rentas sempadan.
"Kita dapati mereka ini melakukan jenayah menyeludup barang. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti suspek dan kita bergabung tenaga bersama pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) serta PDRM melalui penggunaan aset yang terlibat.
"Aset yang terlibat daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2) membabitkan dua kapal dan 21 bot, PDRM dari semua bahagian mengatur gerak lima kapal ronda dan 26 bot ronda serta tempur manakala Maritim Malaysia sendiri membabitkan empat kapal maritim dan 15 bot ronda dan tempur.
"Fokus kita sekarang ini adalah melibatkan sektor Lahad Datu sehingga Semporna, Kunak dan Tawau di bawah naungan ESSCOM," katanya.
Sementara itu, Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, salah seorang suspek dikenal pasti membabitkan warga asing yang juga disenaraikan sebagai orang dikehendaki.
"Sudah tentu suspek dalam senarai dikehendaki kita,cuma saya tidak boleh dedahkan identitinya kerana usaha mengesan dan menjejak serta membuat tangkapan sedang dilakukan.
"Seorang suspek dikenal pasti melalui saksi mata daripada pegawai yang terlibat dalam pertempuran ini manakala dua lagi kita sedang kenal pasti," katanya.
Sehubungan itu, beliau turut menegaskan pihanya sedang menggemblengkan semua aset yang ada di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) untuk menangkap suspek tersebut.
Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan dua anggota Maritim Malaysia cedera apabila penjenayah terdiri daripada tiga suspek bertindak melepaskan empat das tembakan ke arah bot Banggi 48 di perairan Kunak.
Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, Zainal Abad cedera di mata kiri manakala seorang lagi kru bot, Prayrie, cedera di kedua belah tangan ketika sedang bergelut berbalas tembakan dengan penjenayah tersebut.
Ketika kejadian, pasukan Maritim Malaysia sedang menjalankan Ops Khas Pagar di perairan tersebut sebelum mengesan sebuah bot yang dinaiki suspek yang turut memiliki senjata api.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 08 2024
Hamid (berdiri, dua dari kanan) ketika melawat anggota Maritim yang cedera dalam kejadian berbalas tembakan di perairan Kunak pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Anggota Maritim Malaysia cedera berbalas tembakan, buta mata kiri
Anggota Maritim Malaysia yang cedera di bahagian mata dalam insiden berbalas tembakan di perairan Kunak pada Ahad buta sebelah mata kiri.