Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir tetap meneruskan rancangannya berbuka puasa di Gurdwara Sahib di sini, biarpun setelah dikritik dan dibantah ramai pihak.
Akmal dilihat tiba di Majlis Iftar Muhibbah itu pada pukul 6.46 petang dan disambut oleh Presiden Gurdwara Sahib Johor Bahru, Manjit Singh Rakmu.
Selain masyarakat Sikh, majlis itu turut disertai kira-kira 250 komuniti dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan jemaah Masjid India Muslim Johor Bahru yang kemudian duduk di 30 buah meja panjang yang disediakan untuk berbuka.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Naib Presiden MACMA, Mohd. Shaiful Choo dan Timbalan Pengerusi Masjid India Muslim Johor Bahru, Muhyidin Hamid.
Ditemui pemberita dalam program itu, Akmal berkata pihaknya sedar majlis tersebut mendapat kecaman hebat di media sosial namun tetap memilih untuk meneruskannya kerana menyifatkan tujuan penganjurannya adalah baik dan positif.
"Bagi saya, ini adalah sekadar langkah kecil untuk kita saling memahami dan menghormati sesama sendiri terutama sekali apabila polemik perkauman sering dimainkan oleh pihak tertentu.
"...dan ini mungkin juga adalah cabaran besar kepada mana-mana pihak yang mahu mengangkat pemahaman atau pun sikap saling hormat menghormati antara budaya dan komuniti yang berbeza," katanya.
Awal hari ini, Akmal dikritik hebat oleh netizen di laman sosial susulan jemputan untuk majlis itu ditularkan oleh pemilik akaun Facebook bernama "OpsJohor".
Antara yang lantang mengecam ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Mohd Hairi Mad Shah yang menyifatkan tindakan itu seakan menunjukkan Akmal tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.
Bagaimanapun, dalam satu hantaran di akaun Facebook rasminya, Akmal mempertahankan langkahnya itu dengan menyenaraikan beberapa alasan termasuk menyatakan ini bukanlah kali pertama dirinya berbuka puasa di sebuah gurdwara.
Selain itu, beliau menegaskan telah merujuk perkara terbabit kepada mereka yang pernah menghadapi situasi sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2019
Akmal berkata pihaknya sedar majlis tersebut mendapat kecaman hebat di media sosial namun tetap memilih untuk meneruskannya kerana menyifatkan tujuan penganjurannya adalah baik dan positif. - Foto Pejabat Ahli Parlimen Johor Bahru
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.
92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.
Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.
PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.
PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.
Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.
Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.
Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.
Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.