awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota penguat kuasa ditahan bantu siasatan rasuah RM80,000

Bernama
Bernama
18/12/2024
14:59 MYT
Anggota penguat kuasa ditahan bantu siasatan rasuah RM80,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa dipercayai meminta wang suapan kira-kira RM80,000 daripada seorang wanita. - BERNAMA
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan seorang anggota penguat kuasa dipercayai meminta wang suapan kira-kira RM80,000 daripada seorang wanita.
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 40-an itu menghubungi wanita berkenaan pada 30 Nov lepas susulan tangkapan dibuat terhadap suaminya dan meminta wang rasuah kononnya bagi membantu membebaskan suaminya yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
"Menerusi perbualan telefon itu, suspek telah meminta wang terbabit sebagai balasan bagi mengubah keterangan untuk membantu suaminya dilepaskan daripada tahanan.
"Suspek meminta wang pendahuluan kira-kira RM25,000 daripada wanita itu yang kemudian membuat beberapa pindahan wang menerusi sistem pembayaran e-dompet membabitkan nilai kira-kira RM3,000," katanya dalam kenyataan.
Sumber itu berkata pada Isnin, suspek sekali lagi telah menghubungi wanita berkenaan dan meminta wang kira-kira RM2,000 secara tunai.
Wanita itu kemudian menyerahkan wang kira-kira RM1,000 kepada suspek pada pertemuan di sebuah stesen minyak di Sungai Dua, kira-kira 2 petang tadi sebelum suspek ditahan.
Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Lelaki berkenaan, katanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown esok bagi permohonan reman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM Pulau Pinang
#anggota penguat kuasa
#ditahan
#wang suapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan