GEORGE TOWN:Seorang anggota polis cedera selepas dilanggar sebuah kereta dipandu seorang pesara di lampu isyarat di hadapan sebuah pasaraya Jalan Thean Teik, Air Itam, Pulau Pinang.
Dalam kejadian jam 11.30 malam Isnin itu, anggota berpangkat Lans Koperal yang bertugas di ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut itu cedera tapak tangan kiri dan luka di dahi dilaporkan stabil dan dirawat di Zon Kuning, Hospital Pulau Pinang.
Difahamkan, pemandu kereta tersebut adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berkhidmat di negeri itu pada tahun 2008 hingga 2013 dan kini sedang memegang jawatan pegawai khas kepada salah seorang ahli Parlimen.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 27 tahun ketika itu sedang menunggang motosikal sendirian telah dilanggar kereta dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun di bahagian belakang sebelah kanan lalu terjatuh.
"Siasatan awal mendapati, lelaki yang memandu kereta jenis Toyota Camry mendakwa datang dari arah pusat bandar menghala ke Balik Pulau.
Ketika berada di lampu isyarat di hadapan sebuah pasaraya, tiba-tiba sebuah motosikal dari arah sama masuk di hadapan laluannya.
"Kejadian itu menyebabkan pemandu kereta terkejut lalu cuba mengelak namun terlanggar motosikal Yamaha LC135 yang ditunggang mangsa," katanya.
Soffian berkata, mangsa mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kedua-dua pemandu kereta dan penunggang motosikal mempunyai lesen memandu yang sah.
"Setakat ini, pihak kita masih menyiasat sama ada pemandu kereta tersebut di bawah pengaruh alkohol atau tidak ketika kejadian" katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Jan 05 2021

Polis sedang jalankan siasatan sama ada pemandu kereta tersebut di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian. - Foto ihsan pembaca Astro AWANI

Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland
Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan pasangan muda negara itu tewas di set pertama.

Pakej bantuan COVID-19 lulus, Biden ucap terima kasih kepada Senat
Ini sekali gus membolehkan janji utamanya dikotakan dalam tempoh 45 hari pertama pentadbirannya.

Imran Khan selamat undi tidak percaya
Dalam undian di Parlimen pada Sabtu, beliau memperoleh sokongan 178 daripada 340 Ahli Parlimen.

Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Senat AS lulus pakej bantuan COVID-19 berjumlah AS$1.9 trilion
Penggubalan rang undang-undang pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS ini memberikan kemenangan pertama kepada Presiden Joe Biden.

COVID-19: Kes positif lebih 116 juta, kematian hampir 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.3 juta.

Kelantan mohon KBS segera salurkan peruntukan naik taraf stadium
Kerajaan Kelantan memohon agar peruntukan berjumlah RM5 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Stadium Sultan Mohammad IV dapat segera disalurkan.

Lipat gandakan usaha, sedia hadapi PRU15 - Anwar Ibrahim
Hal itu disuarakan Anwar dalam pertemuan dengan anggota Keadilan Negeri Sembilan, malam tadi.

Petani India marah, undang-undang baharu agrikultur jejas pendapatan
Walaupun disifatkan sebagai reformasi oleh Perdana Menteri Narendra Modi, namun ia sebenarnya menyusahkan petani jana pendapatan.

Jerman sedia kit ujian saringan COVID-19 di pasar raya
Kit ujian saringan pantas itu dijual pada sekitar harga 25 euro atau RM121 setiap satu.

Pegawai, anggota polis ditahan sertai parti liar
Hasil saringan air kencing mendapati pegawai dan empat anggota itu positif dadah jenis Amphetamine dan Methaphetamine.

Anggota polis antara tiga maut dalam kemalangan di Tuaran
Tiga lelaki termasuk seorang anggota polis berpangkat koperal maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori ATM di Tuaran pagi tadi.

Rasuah: Dua anggota polis dipenjara 36 bulan, denda RM25,000
Dua anggota polis dihukum penjara 36 bulan, denda RM25,000 selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000.

Lima anggota polis cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Lima anggota polis cedera dalam satu letupan bom di tepi jalan di Narathiwat, selatan Thailand, hari ini.

Fatimah kecewa kejadian rogol remaja bawah umur berlaku di lokap tahanan polis
Kejadian rogol remaja bawah umur di lokap tahanan Balai Polis Miri pada 9 Januari lalu disifatkan satu tindakan yang mengejutkan.

Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika dalam lokap
Polis kini menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Jan lepas.

Anggota polis cedera dilanggar kereta bekas ADUN Pulau Pinang
Mangsa mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anggota polis ada rekod rompakan berkumpulan ditahan peras ugut lelaki
Katanya, kedua-dua suspek kemudian memeriksa telefon bimbit mangsa dan mahu menangkapnya kerana didakwa membeli nombor ekor secara haram.

Macau Scam: Siasatan terhadap 29 pegawai, anggota polis hampir selesai - KPN
Siasatan kes berkenaan sudah hampir diselesaikan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman

Polis trafik pandu lawan arus, di bawah pengaruh alkohol ditahan
Seorang anggota polis trafik ditahan kerana memandu secara berbahaya dengan melawan arus selain disyaki berada di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian pada 12.30 tengah malam tadi.