awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis paksa pasangan tunang lakukan seks dalam kereta ditahan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
08/12/2020
08:00 MYT
Anggota polis paksa pasangan tunang lakukan seks dalam kereta ditahan
Anggota polis berkenaan didakwa mengarahkan pasangan itu melakukan hubungan seks di dalam kenderaan mereka. -Gambar fail
KOTA BHARU:Polis Kelantan menahan reman dua anggotanya yang disyaki memeras ugut serta memaksa pasangan tunang melakukan hubungan seks di Pengkalan Chepa dekat sini pada minggu lalu.
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, anggota berpangkat lans koperal dan konstabel berusia 35 dan 31 tahun terbabit ditangkap susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa lelaki Ahad lepas.
"Kejadian dipercayai berlaku 10.45 malam 4 Disember lalu ketika dua anggota polis terbabit sedang melakukan rondaan sebelum terserempak dengan pasangan berusia 20-an itu yang berada di dalam sebuah kereta di tepi jalan.
"Anggota polis terbabit dikatakan menumbuk seorang daripada mangsa sambil mengugut dengan meminta wang RM1,250 supaya kes berkenaan tidak dirujuk ke pejabat agama," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Shafien berkata, selepas memperoleh wang yang diambil menerusi mesin juruwang automatik (ATM) berdekatan, anggota polis berkenaan didakwa mengarahkan pasangan itu melakukan hubungan seks di dalam kenderaan mereka.
Beliau berkata, suspek juga didakwa merakam perbuatan itu menggunakan telefon bimbitnya.
"Mangsa wanita turut mendakwa dia dicabul dan dipaksa melakukan seks oral terhadap seorang daripada anggota polis ketika tunangnya mengambil wang di ATM," katanya.
Shafien berkata, kedua-dua anggota terbabit direman hingga 12 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C, Seksyen 354 dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
"Siasatan menyeluruh akan dijalankan. Sekiranya benar anggota kita terbabit dalam kegiatan jenayah, kita akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
Topic Berkaitan
#polis
#peronda
#paksa lakukan seks
#rakam video
#Kelantan
#cabul
#seks oral
#Ketua Polis Kelantan
#Shafien Mamat
#Pengkalan Chepa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan