awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis terlepas tembakan ditahan kerja

Bernama
Bernama
27/10/2013
11:11 MYT
Anggota polis terlepas tembakan ditahan kerja
Polis Bukit Aman mengeluarkan arahan menahan kerja anggota polis yang terlepas tembakan dan mengenai kanak-kanak berumur 10 tahun ketika mengosongkan pistolnya dalam kejadian di Kampung Belanja Kiri, Parit pada 14 Okt lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata perkara itu telah dimaklumkan pada Jumaat lepas dan surat tersebut dijangka akan diterima minggu depan.
"Surat itu akan diserahkan kepada anggota tersebut. Berapa lama dia (anggota) ditahan kerja bergantung kepada keadaan tetapi kebiasaannya ia bergantung kepada tempoh perbicaraan, namun saya percaya kes ini tentu sekali diberi keutamaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara di sini hari ini.
Seramai 258 anggota dari seluruh negara menyertai kejohanan itu antaranya melibatkan polis dari kontinjen Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.
Dalam perkembangan lain beliau berkata kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu lepas untuk tindakan lanjut.
Kanak-kanak itu selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru itu pada 20 Okt lepas.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#jenayah
#parit
#polis
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan