awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis wanita cedera dipukul bekas teman lelaki

Bernama
Bernama
17/07/2018
07:05 MYT
Anggota polis wanita cedera dipukul bekas teman lelaki
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat (gambar) berkata pihaknya telah mengambil keterangan lelaki itu yang ditahan pada Ahad.
Seorang anggota polis wanita cedera di muka dan beberapa bahagian badan selepas dipercayai dipukul bekas teman lelakinya di Taman Rasa Sayang di Batu 9, Cheras dekat sini.
Dalam kejadian kira-kira 5.25 petang pada Sabtu lalu, mangsa dikatakan bertemu lelaki itu di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras untuk mengambil barang sebelum berlaku salah faham antara mereka.
Menurut sumber, lelaki yang juga anggota polis itu bertindak merampas telefon bimbit mangsa dipercayai untuk memadam gambar sebelum menumbuk serta menampar mangsa beberapa kali.
"Wanita tersebut kemudian dibawa dengan kereta oleh lelaki itu ke sebuah pasar raya berhampiran dan mangsa cuba untuk keluar daripada kenderaan itu tetapi dihalang," kata sumber itu.
Wanita itu kemudian dibawa ke rumah sewa lelaki itu, dan mangsa dipukul dan kepalanya dihentak ke dinding sebelum suspek menghantarnya pulang ke rumah di PGA Cheras.
"Mangsa mengalami sesak nafas dan lebam di bahagian badan akibat kejadian itu," kata sumber berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat, ketika dihubungi, berkata pihaknya telah mengambil keterangan lelaki itu yang ditahan pada Ahad sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Polis kini menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital sebelum mengambil tindakan lanjut, katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Cheras
#dipukul
#PGA Cheras
#polis wanita
#teman lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan