NATIONAL
Anggota tentera dikatakan tumbuk pemandu wanita dibebaskan dengan jaminan

Seorang anggota tentera yang ditahan kerana menggunakan kekerasan terhadap seorang pemandu wanita di Jalan Persiaran Senawang 4 telah dibebaskan dengan jaminan polis. -Gambar fail/Video tular
SEREMBAN: Seorang anggota tentera yang ditahan bagi membantu siasatan kes menggunakan kekerasan terhadap seorang pemandu wanita sehingga mendatangkan kecederaan di Jalan Persiaran Senawang 4, dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
Ringkasan AI
- Seorang anggota tentera yang ditahan kerana menggunakan kekerasan terhadap seorang pemandu wanita di Jalan Persiaran Senawang 4 telah dibebaskan dengan jaminan polis.
- Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan, dan polis meminta sesiapa yang mempunyai rakaman kejadian untuk tampil membantu siasatan.
- Insiden berlaku apabila pemandu wanita tidak sempat mengelak isteri dan anak lelaki tersebut yang melintas jalan, menyebabkan kecederaan ringan kepada mereka.
"Ia termasuk rakaman papan pemuka (dashcam) atau rakaman daripada orang ramai yang berada berhampiran lokasi kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Semalam polis menahan lelaki tersebut selepas dia dikatakan menggunakan kekerasan terhadap pemandu wanita berusia 28 tahun sehingga menyebabkan lebam di bahagian rusuk sebelah kanan dan bengkak di bahagian belakang kepala.
Ia susulan wanita itu yang memandu kereta jenis Perodua Axia tidak sempat mengelak ketika isteri lelaki itu yang berusia 34 tahun dan anak perempuannya berusia tujuh tahun tiba-tiba melintas dari arah kiri ke kanan jalan menyebabkan kedua-duanya cedera ringan, dalam kejadian kira-kira 10.15 malam.
Wanita itu turut disiasat mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Sebelum itu, satu video berdurasi 22 saat turut tular di aplikasi TikTok, memaparkan seorang lelaki bertindak menumbuk seorang wanita selepas dia dipercayai tidak sempat mengelak lalu melanggar seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami