awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tentera dituduh di mahkamah kerana membunuh

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2013
23:30 MYT
Anggota tentera dituduh di mahkamah kerana membunuh
Seorang anggota tentera berpangkat Sarjan dituduh di Mahkamah Majistret Tumpat kerana membunuh seorang kerani di Taman Sri Periuk, Tumpat pada 11 Ogos lalu.
Dakwaan itu dibacakan oleh Pendakwaraya Norhamizah Ghazali dihadapan Majistret Ahmad Adha Yasser Amri mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Peguam yang mewakili tertuduh, Datuk Shukri Mohamad ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya memohon mahkamah tempoh sebulan untuk sebutan semula bagi membolehkan pihaknya menyerahkan dokumen kepada pihak pendakwaan mengikut Seksyen 51 A Kanun Acara Jenayah.
Majistret membenarkan permohonan itu dan sebutan semula kes ialah pada 1 Oktober depan.
Tertuduh Che Rosli Che Daud tenang ketika pertuduhan dibacakan tanpa sebarang keterangann direkodkan.
Mengikut fakta pertuduhan tertuduh pada 11 Ogos lalu di hadapan sebuah rumah Lot 127 Block N Perumahan JPN Kok Seraya, Chabang Empat, Tumpat telah membunuh Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.
Dalam kejadian tersebut, mangsa dikatakan maut setelah membuka satu bungkusan yang diletakkan di atas bumbung sebuah MPV milik ahli keluarga mangsa.
Topic Berkaitan
#bunuh
#sarjan
#tentera
#Tumpat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan