awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tentera maut, isteri cedera dalam nahas kereta-lori di Gerik

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
31/10/2020
04:58 MYT
Anggota tentera maut, isteri cedera dalam nahas kereta-lori di Gerik
Seorang anggota tentera maut manakala isterinya cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 17, Jalan Raya Timur Barat Fasa II, Gerik-Kupang, Perak pada Sabtu pagi. -Foto JBPM
GERIK:Seorang anggota tentera maut manakala isterinya cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 17, Jalan Raya Timur Barat Fasa II, Gerik - Kupang, Perak pada Sabtu pagi.
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azizi Ahmad, 25, dan isterinya Nur Kamaliah Md Nor, 24.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifi Mahmood berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika mangsa dan isteri dalam perjalanan dari arah Kulim ke Gerik.
Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, kereta Proton Saga yang dinaiki pasangan suami isteri itu dikatakan bertembung dengan sebuah lori yang datang dari Terengganu ke Kulim.
Mangsa meninggal dunia di lokasi manakala isterinya yang patah bahu mendapat rawatan awal di Hospital Gerik sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.
Zulkifi berkata pemandu lori berumur 35 tahun dan kelendan yang juga abangnya berumur 37 tahun tidak mengalami kecedaraan.
Punca Kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak, mereka menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 5.08 pagi.
Katanya, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Topic Berkaitan
#anggota tentera maut
#Muhammad Azizi Ahmad
#Nur Kamaliah Md Nor
#Zulkifi Mahmood
#Akta Pengangkutan Jalan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak
#Jalan Raya Timur Barat Fasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan