awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka FC belum putuskan ketua jurulatih baharu, hormati keputusan Devan, Subramaniam
Ejen pinjaman didakwa tipu dalam urusan pinjaman RM1 juta
Bersatu rugi dalam percaturan politik Perlis - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohammed Taufiq jelajah negeri, kenal pasti keperluan belia dan sukan

Bernama
Bernama
29/12/2025
13:00 MYT
Mohammed Taufiq jelajah negeri, kenal pasti keperluan belia dan sukan
Dr Mohammed Taufiq, memberi penerangan pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Belia dan Sukan Daerah Alor Setar hari ini. - Gambar Bernama
ALOR SETAR: Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari akan mengadakan jelajah ke setiap negeri untuk memantau serta meneliti keperluan bagi memperkasa pembangunan belia dan sukan di peringkat akar umbi.

Ringkasan AI
  • Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari akan jalankan jelajah ke setiap negeri untuk memperkasa pembangunan belia dan sukan, menerima pandangan pegawai-pegawai belia.
  • Objektif jelajah adalah untuk melaksanakan program pemerkasaan sukan dan pembentukan sahsiah belia, serta mengurangkan birokrasi dalam penyampaian keperluan mendesak.
  • Beliau enggan mengulas isu gelaran 'Dr' yang dipersoalkan, menekankan fokus kepada tugas kementeriannya untuk mencapai hasrat kerajaan.

Beliau berkata sebagai permulaan pihaknya telah mengadakan lawatan ke Kedah dan mendapatkan pandangan daripada pegawai-pegawai belia bagi mengenal pasti isu-isu yang perlu ditangani dan diselesaikan di peringkat kementerian.
"Saya juga telah sampaikan amanat, apa yang dihasratkan oleh kerajaan untuk kita bergerak maju ke depan. Dasar-dasar kerajaan perlu disambut baik di peringkat negeri untuk melaksanakan program pemerkasaan sukan dan pembentukan sahsiah jati diri anak muda.
"Saya juga akan jelajah ke negeri-negeri lain untuk dapatkan input supaya kita boleh membentuk satu dasar agar setiap apa yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan dapat dicapai dan disambut dengan baik di peringkat negeri," katanya selepas melawat Kompleks Belia dan Sukan Daerah di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga akan cuba mengurangkan birokrasi dan memastikan setiap keperluan yang mendesak dapat diangkat segera serta dilaksanakan mengikut garis panduan ditetapkan.
Sementara itu, Mohammed Taufiq enggan mengulas lanjut mengenai pertikaian gelaran 'Dr' yang membabitkan dirinya, memandangkan perkara itu sudah dijelaskan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
"MMC pun dah jawab, fokus saya sekarang untuk kementerian, untuk pastikan apa yang dihasratkan kerajaan dapat dicapai," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Ahli Jawatankuasa Penerangan Pusat PAS Dr Nurul Islam Yusoff menggesa Mohammed Taufiq menjelaskan penggunaan gelaran 'Dr' di hadapan namanya disebabkan beliau memperoleh ijazah perubatan dari Universitas Islam Bandung, iaitu yang tidak diiktiraf di Malaysia.
Mohammed Taufiq yang juga Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan dan Ketua Cabang PKR Sungai Petani dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan dalam rombakan Kabinet baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rombakan kabinet
#PKR
#garis panduan
#anak muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan