Walaupun sudah berkali-kali membuat latihan, namun anggota 12 Briged Infantri yang ditugaskan mengusung jenazah mangsa pesawat MH17 merasa sedih apabila berdepan dengan keadaan sebenar membawa jenazah.
Bagi Lans Koperal Mohd Halim Othman, 26, beliau mula berasa sedih sebaik memasuki pintu pesawat khas MH6129 yang menerbangkan 20 jenazah dari Amsterdam, untuk menurunkan keranda milik penumpang pesawat Muhammad Afif Tambi.
"Perasaan sedih saya memang tidak boleh dibayangkan. Apatah lagi, ini kali pertama saya terlibat dalam istiadat penghormatan jenazah," katanya kepada Bernama selepas tamat istiadat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antara bangsa KL di sini hari ini.
Beliau berkata raptai mengusung jenazah dilakukan sejak 25 Julai lalu.
Koperal Che Wan Mohd Nazrin Che Wan Azmi, 30, pula semakin kuat merasai perasan sedih apabila melintasi khemah yang menempatkan anggota keluarga mangsa untuk ke pesawat khas itu.
"Memandangkan kami hanya mengetahui nombor keranda yang akan diusung, saya beranggapan saya tidak akan berasa begitu sedih. Tapi apabila berada di depan anggota keluarga mangsa, saya turut terkesan kerana melihat mereka mengesat air mata," katanya.
Che Wan Mohd Nazrin ditugaskan mengusung keranda jenazah anak kapal Azrina Yakob.
Sarjan Jeffery Semat, 33, selaku ketua pengusung jenazah penumpang Ariza Ghazalee, turut sedaya upaya menyembunyikan perasaan sedihnya.
"Saya mendoakan supaya jenazah yang diusung itu merasa tenang kerana akhirnya dapat disemadikan di tanah air," katanya.
Di sebalik kesedihan itu, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mej Jen Datuk Azizan Md Delin berpuas hati dan berbangga dengan komitmen 450 anggota berbeza pangkat pada istiadat julung kali melibatkan orang awam itu.
Beliau berkata beliau juga bersyukur apabila Datuk Seri Najib Tun Razak memberi markah terbaik dengan pretasi yang ditunjukkan para anggota, yang diucapkan perdana menteri secara lisan sebaik upacara tamat.
Pujian turut diberikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kelancaran majlis adalah berkat usaha semua anggota lain-lain pangkat yang tidak jemu berlatih sejak 25 Julai lalu sehingga mereka tidak dapat bercuti pada Aidilfitri," kata Azizan.
Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Bernama
Fri Aug 22 2014
HALIM: Perasaan sedih saya memang tidak boleh dibayangkan. - Astro AWANI/Shahir Omar
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Anggota tentera mengusung jenazah turut sedih
Anggota 12 Briged Infantri yang ditugaskan mengusung jenazah mangsa pesawat MH17 merasa sedih apabila membawa jenazah.