awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota tentera, peniaga didakwa bunuh pesara tentera

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/10/2021
04:07 MYT
Anggota tentera, peniaga didakwa bunuh pesara tentera
Muhammad Ahmad (kanan) dan Mohd Hafidz (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Taiping atas pertuduhan membunuh seorang pesara tentera, dua minggu lepas. --fotoBERNAMA
TAIPING: Seorang anggota tentera dan rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian dua minggu lalu.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohd Hafidz Ibrahim, 34 tahun, seorang pegawai waran, dan Muhammad Ahmad Md Yusoff, 31, peniaga, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nur Farah Syahidah Mohd Noh.
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama telah melakukan bunuh menyebabkan kematian terhadap Mohd Zaki Md Aluwee, 42 tahun, di hutan bebas, jarak lebih kurang 60 meter daripada Jalan Kubu Gajah - Lenggong antara jam 5.30 petang dan 10.50 malam, 10 Okt lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 9 Dis depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Roslan Mohd Suki manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum ini media melaporkan seorang pesara tentera ditemui maut dengan sembilan kesan tikaman di badannya di kawasan semak di Bukit Sumpitan dekat Selama.
BACA: Reman anggota tentera bunuh lelaki disambung
Cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan kejam itu apabila mayat mangsa berusia 42 tahun itu ditemui dalam keadaan hampir membusuk.
Mangsa adalah individu yang dilaporkan dilarikan secara paksa dari rumahnya oleh dua individu dikenali di Taman Ngah Ibrahim di sini.
Susulan itu, tangkapan dilakukan terhadap suspek pertama pada 12 Okt di Taiping manakala anggota tentera berkenaan pula diberkas di Perlis.
Topic Berkaitan
#tentera
#bunuh
#mahkamah
#pesara tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan