awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota UMNO jangan leka layan dakyah tentang komplot gulingkan kerajaan - Razali

Bernama
Bernama
19/08/2015
14:57 MYT
Anggota UMNO jangan leka layan dakyah tentang komplot gulingkan kerajaan - Razali
RAZALI: Ia merupakan satu pembohongan, berniat jahat dan sengaja dicetuskan untuk memecah-belahkan keharmonian dan perpaduan di dalam parti.
Anggota UMNO digesa agar tidak leka melayan dan percaya dengan dakyah kononnya 20 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan seperti tersebar dalam media sosial.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Razali Ibrahim berkata ia merupakan satu pembohongan, berniat jahat dan sengaja dicetuskan untuk memecah-belahkan keharmonian dan perpaduan di dalam parti.
"Ini pembohongan, satu cubaan untuk wujudkan rasa sangsi yang akhirnya menyebabkan kita bergaduh sesama sendiri. Soalnya, siapa yang buat perkara itu, tiada sesiapa yang boleh beri jawapan dan kenapa pula kita nak layan?," katanya.
Beliau mengulas mengenai namanya yang dikaitkan antara salah seorang daripada 20 anggota Parlimen BN yang kononnya terlibat dalam komplot menggulingkan kerajaan.
Razali berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Pameran Kerjaya Berasaskan Sektor (SFCF) di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS), Muadzam Shah di sini hari ini.
Majlis itu turut dihadiri Naib Canselor Uniten Prof Dr Kamal Nasharuddin Mustapha dan anggota Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin.
Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata walaupun merasakan lucu kerana namanya dikaitkan dalam komplot itu, beliau tetap memandang serius tentang perkara itu.
"Wallahi Wabillahi Watallahi...saya tidak tahu pun perkara ini...itu penipuan media sosial dan saya langsung tidak tahu menahu dan terlibat," katanya.
Razali berkata beliau memilih untuk tidak membuat laporan polis kerana merasakan perkara itu tidak perlu dilayan selain bertentangan dengan prinsip undang-undang itu sendiri.
"Kita boleh ambil ini sebagai maklumat tetapi tidak boleh anggap ia sebagai satu perkara yang sahih sehingga disahihkan. Tetapi hari ini orang menganggap perkara itu betul sehingga dinafikan.
"Dalam undang-undang, yang menuduhlah kena buktikan saya terlibat, kenapa pula saya perlu menjawab," katanya.
Topic Berkaitan
#BN
#dakyah
#gulingkan kerajaan
#komplot
#Razali Ibrahim
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan