NEW YORK: Jumlah wartawan yang terbunuh tahun lepas adalah 50 peratus lebih tinggi daripada 2021, kebanyakannya berlaku di Haiti, Ukraine dan Mexico, menurut laporan baharu pada Selasa.
Tahun lepas mencatat bilangan kematian wartawan tertinggi sejak 2018 apabila 67 atau lebih pekerja media terbunuh, kata Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) dalam laporan tahunannya.
Sekurang-kurangnya 41 daripada mereka menjadi sasaran kerana tugas mereka manakala motif pembunuhan ke atas 26 wartawan lain masih disiasat, menurut kumpulan advokasi kebebasan akhbar itu.
Di Ukraine, 15 anggota media terbunuh, 13 di Mexico dan tujuh di Haiti. Ia merupakan bilangan kematian tertinggi wartawan yang pernah direkodkan CPJ bagi setiap negara, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Di Haiti, ada yang maut di tangan geng jalanan yang ganas di ibu negara itu, dan sekurang-kurangnya dua ditembak polis.
"Membuat laporan di Haiti pada masa kini amat sukar bagi wartawan, khususnya di ibu negara," kata wartawan Radio Caraibes, Mackenson Remy. "Rasuah berleluasa, tiada sesiapa yang boleh anda harapkan."
Wartawan di Ukraine "menghadapi risiko besar, pekerja akhbar sering cedera akibat tembakan ketika membuat liputan mengenai konflik dan ada yang melaporkan bahawa mereka menjadi sasaran tentera Rusia," menurut CPJ.
Pembunuhan di Mexico pula disasarkan dan didorong oleh ganjaran seperti pembunuhan ke atas jurugambar jenayah Tijuana Margarito Martinez pada 17 Jan 2022, diikuti lima hari kemudian Lourdes Maldonado Lopez.
Mereka yang mengarahkan pembunuhan tidak pernah ditangkap yang memberi mesej bahawa "sesiapa sahaja boleh membunuh anda dengan harga AS$1,000," kata CPJ.
Angka kematian ini turut melibatkan wartawan penyiasat Las Vegas Review-Journal, Jeff German, yang mati ditikam di luar rumahnya pada 2 Sept, dengan bekas pentadbir awam daerah Robert Telles ditahan dan didakwa membunuh. Telles yang disiasat oleh Jeff mengaku tidak bersalah dan akan dibicarakan pada 17 April.
Selain itu, wartawan Palestin Amerika, Shireen Abu Akleh ditembak mati oleh askar Israel semasa membuat liputan serbuan tentera Israel di Jenin, sebuah bandar di Tebing Barat untuk Al Jazeera. Pihak berkuasa Israel belum menyiasat namun FBI mengumumkan akan melakukannya.
CPJ turut melaporkan insiden bom yang meledak di luar rumah wartawan Victor Mambor di Jayapura, di wilayah Papua Indonesia. Beliau bagaimanapun terselamat. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Wartawan Palestin Amerika, Shireen Abu Akleh ditembak mati oleh askar Israel semasa membuat liputan serbuan tentera Israel di Jenin, sebuah bandar di Tebing Barat untuk Al Jazeera pada 2022. - Gambar REUTERS

Pertumbuhan Ekonomi | Malaysia dijangka jadi paling lemah antara negara ASEAN
Bank Islam Malaysia Bhd menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi paling lemah antara negara asean tahun ini. Ketua Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli berkata, jangkaan ini dibuat berdasarkan asas dan statistik yang tinggi. Namun Bank Islam Malaysia juga mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun berhadapan risiko luaran dengan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus pada tahun 2023.

PRN: Negeri Sembilan cadang bubar DUN 1 Jun ini
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mencadangkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan pada 1 Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Tiada kompromi jika pegawai langgar Artikel 5.3 WHO FCTC - KKM
Kementerian Kesihatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melanggar garis panduan Artikel 5.3 Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO FCTC).

Mohammad Agus mula tugas sebagai KP J-KOM hari ini
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Kilang roti beroperasi 20 tahun tiada permit simpan gandum
Penguat kuasa KPDN Pulau Pinang sita 700 kg tepung gandum di kilang roti terkenal di Jalan Transfer, George Town.

Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj

Pantau Kerajaan Baharu | Cadangan bangunkan tanah terbiar untuk pertanian moden
Pantau Kerajaan Baharu kali ini membincangkan cadangan membangunkan tanah terbiar untuk pertanian moden bersama Pemilik Kundasang Aqua Farm, Azizul Julirin

Sindiket Dadah | Tonton YouTube untuk belajar proses pembuatan dadah
Polis Serdang berjaya mengesan sindiket memproses dadah yang dipelajari menerusi YouTube. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata sindiket itu bergiat aktif di sebuah kilang dekat Seri Kembangan didalangi seorang lelaki berusia 44 tahun.

PM Anwar usul kerjasama swasta - kerajaan perkasakan TVET
Kerajaan akan kenal pasti syarikat swasta dan GLC yang boleh bantu selesaikan masalah yang wujud.
![[TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan [TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007667/24992726401675322032966_640x360.jpg)
[TERKINI] Beku Akaun Bersatu | PM tegaskan tiada campur tangan daripada kerajaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan badan siasatan, penguatkuasaan dan kehakiman di Malaysia kekal bebas dan tidak di bawah pengaruh mana-mana pihak.

Angka kematian wartawan melonjak kepada 50 peratus pada 2022, kebanyakannya di Ukraine, Mexico, Haiti
Di Ukraine, 15 anggota media terbunuh, 13 di Mexico dan tujuh di Haiti.

Letupan kereta: Putin ucap takziah kepada wartawan Rusia terbunuh
Presiden Rusia Vladimir Putin mengucapkan takziah kepada ibu bapa Darya Dugina, wartawan yang terbunuh selepas keretanya meletup di pinggir Moscow pada Sabtu.

56 wartawan terbunuh pada 2019, kebanyakannya di luar zon konflik - PBB
Menurut jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2019, 56 orang wartawan telah dilaporkan dibunuh dan kebanyakannya terbunuh di luar zon konflik.

Bukan senang jadi wartawan pada 2017!
Sekurang-kurangnya 81 wartawan terbunuh pada 2017 ketika menjalankan tugas.

Hampir 2,300 wartawan terbunuh sejak 1990
Iraq dikelaskan sebagai negara paling berbahaya buat wartawan dengan 309 orang petugas dilaporkan terbunuh sejak tahun 1990.