awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL pastikan tiada ‘middleman’ ambil kesempatan tapak bazar Ramadan - Hannah Yeoh
Tehran sedia untuk perjanjian nuklear adil, saksama, kata diplomat kanan Iran
Suspek bunuh teman wanita sudah sedar, dipantau rapi - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MITTA, MOTAC tingkat usaha bendung pengendali pelancongan haram

Bernama
Bernama
16/12/2025
11:19 MYT
MITTA, MOTAC tingkat usaha bendung pengendali pelancongan haram
Pengguna diingatkan supaya berhati-hati dan memastikan hanya berurusan dengan ejen pelancongan berlesen bagi melindungi diri mereka daripada ditipu dan mengalami kerugian. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan India Malaysia (MITTA) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meningkatkan usaha untuk membendung pengendali pelancongan haram dan tidak berlesen susulan peningkatan aktiviti tersebut.
Presiden MITTA, Datuk Aruldas Arulandu berkata perniagaan pelancongan secara tidak sah meningkat dengan ketara dalam tempoh pasca pandemik.
"Kita menyaksikan peningkatan ketara operasi pelancongan haram selepas COVID-19, dan ini telah menjadi kebimbangan serius bagi industri ini," katanya semasa Forum Kesedaran Pelancongan Selamat #LegalTourism, di sini, hari ini.
Aruldas berkata MITTA mewakili suara dan melindungi kepentingan ahlinya tetapi mempunyai kuasa terbatas untuk bertindak terhadap pengendali haram, kerana kuasa terletak pada pihak berkuasa yang berkaitan.
Justeru, katanya, kerjasama dengan MOTAC adalah penting.
Menurutnya, MITTA melibat urus dengan bahagian penguatkuasaan MOTAC untuk mengetengahkan isu tersebut, termasuk mengadakan perbincangan dengan pegawai kementerian awal tahun ini dan mengemukakan dokumentasi mengenai aktiviti pelancongan haram yang dipromosikan melalui platform media sosial.
"Ahli jawatankuasa kami telah mengumpulkan bukti, termasuk iklan dalam talian dan promosi media sosial, dan menyerahkannya kepada kementerian untuk mengambil tindakan," kata Aruldas.
Beliau berkata kementerian itu telah mengambil langkah-langkah termasuk menyenaraihitamkan beberapa pengendali hotel yang tidak berlesen.
"Kami berharap kerjasama dengan MOTAC akan terus memperkukuh usaha penguatkuasaan," katanya.
Aruldas juga menggesa pengguna supaya berhati-hati dan memastikan hanya berurusan dengan ejen pelancongan berlesen bagi melindungi diri mereka daripada ditipu dan mengalami kerugian.
Forum yang dianjurkan oleh MITTA dengan kerjasama MOTAC itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang amalan pelancongan secara sah dan bertanggungjawab samping memberi bimbangan tengan pematuhan peraturan dan perlindungan pengguna.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MITTA
#MOTAC
#pelancongan
#pengendali haram
#tiada lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan