awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran Trump kepada Republikan: "Jika kalah pilihan raya pertengahan penggal, saya akan dipecat"
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angkara burung murai, lelaki parah dipukul dua beradik

Bernama
Bernama
23/11/2021
05:24 MYT
Angkara burung murai, lelaki parah dipukul dua beradik
Dua beradik berusia 26 dan 41 tahun mendakwa mangsa mencuri seekor burung murai milik mereka sehingga menimbulkan salah faham dan pergaduhan. - Gambar hiasan/BERNAMA
PASIR MAS: Angkara seekor burung murai, seorang lelaki cedera parah dipukul dua beradik menggunakan tukul besi dalam kejadian di Kampung Banggol Petaling, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata dalam kejadian pada 7 pagi itu, dua beradik berusia 26 dan 41 tahun mendakwa mangsa mencuri seekor burung murai milik mereka sehingga menimbulkan salah faham dan pergaduhan.
Katanya kedua-dua suspek ditahan di rumah mereka selepas menerima aduan daripada bapa mangsa petang, semalam.
"Mangsa yang berusia 37 tahun mengalami patah pada bahagian jari manis dan jari anak (tangan kanan), luka di bahagian kepala, bengkak di bahagian leher dan lutut kanan, lebam dan calar di bahagian belakang badan. Dia kini dirawat di Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.
"Siasatan polis mendapati kejadian berlaku di sebuah rumah tanpa nombor apabila mangsa telah dipukul susulan berlaku salah faham," katanya dalam kenyataan, hari ini.
BACA: Lelaki parah ditetak gara-gara Murai Cerek
Mohd Nasaruddin berkata kedua-dua suspek adalah jiran sekampung mangsa dan tangkapan dilakukan kerana mendatangkan kecederaan parah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#parah ditetak
#gara-gara murai
#Pasir Mas
#Polis Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan