Agensi Angkasa Negara (Angkasa) kini sedang menyiapkan kertas kerja pelaksanaan Akta Pencemaran Cahaya, iaitu sebuah akta yang telah dilaksanakan di beberapa negara maju.
Ketua Pengarahnya, Dr Noordin Ahmad berkata akta tersebut bukan hanya melibatkan orang awam malah kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha menangani peningkatan suhu Bumi.
"Sebab akta pencemaran lain sudah ada, Akta Pencemaran Cahaya ini belum ada lagi. Jadi kita (Angkasa) sedang berusaha (mengusulkan akta tersebut) kerana perkara ini bukanlah perkara baru di negara-negara maju.
"Kita harap pada masa hadapan, kita dapat menerangkan kepada orang awam dan pada masa sama juga cuba menggunakan Earth Hour (untuk menjelaskan) betapa pentingnya kewujudan Akta Pencemaran Cahaya ini," katanya kepada media pada majlis A Night @ Planetarium di Planetarium Negara pada Sabtu.
Mengulas berkenaan garis panduan yang akan terkandung dalam akta tersebut, Noordin berkata ia memfokuskan kepada pelaksanaan pencahayaan premis dan bangunan yang dikawal selia PBT.
"Istilah cahaya ini bukan lampu sahaja, tetapi dari segi kepanasan dan sebagainya.
"Kita letak garis panduan supaya pelaksanaan dari segi pencemaran cahaya sama ada cahaya yang dibenarkan (dan) didongak ke atas terutamanya.
"Peningkatan suhu melibatkan banyak aspek. Bukan sahaja oleh cahaya yang kita pasang, tetapi juga aktiviti lain," katanya.
Bagaimanapun, Noordin tidak menyatakan tempoh kertas kerja tersebut akan disiapkan dan dibentangkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Antara negara yang telah melaksanakan Akta Pencemaran Cahaya adalah di Australia, New Zealand dan beberapa negara di Eropah.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Mar 19 2016
Noordin berkata ia memfokuskan kepada pelaksanaan pencahayaan premis dan bangunan yang dikawal selia PBT - Foto Fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Angkasa bakal usulkan Akta Pencemaran Cahaya
Akta tersebut bukan hanya melibatkan orang awam malah kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam usaha menangani peningkatan suhu Bumi.