awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
30/01/2023
13:25 MYT
Anifah dilantik Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah
Datuk Seri Anifah Aman (kiri) menerima watikah pelantikan sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.
KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.
Menurut kenyataan dikeluarkan Kerajaan Negeri Sabah pada Isnin, Anifah, 69, yang juga bekas Ahli Parlimen Kimanis menerima watikah pelantikan daripada Hajiji di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.
Hajiji yakin pelantikan Anifah yang berpengalaman luas dalam perhubungan antarabangsa dapat membantu kerajaan negeri dalam menjalin hubungan baik dengan negara-negara luar dan pelabur asing, selaras dengan dasar mesra pelabur.
Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Arthur Joseph Kurup.
Beliau turut diberi taklimat ringkas oleh Arthur mengenai projek kerjasama MOSTI dengan jabatan dan agensi negeri serta program-program yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.
Hajiji mahu MOSTI menerusi jabatan dan agensinya membantu Sabah dalam merancakkan lagi pembangunan bidang sains, teknologi dan inovasi, termasuk penyaluran pelbagai dana dan inisiatif yang ditawarkan oleh kementerian itu ke Sabah.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Penasihat Khas
#Datuk Seri Anifah Aman
#pelantikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan