awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anjuran Hari Belia Negara papar banyak kecemerlangan, kematangan belia

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
17/07/2022
01:45 MYT
Anjuran Hari Belia Negara papar banyak kecemerlangan, kematangan belia
Datuk Jahid Noordin Jahim (tengah) ketika menghadiri pelancaran aktiviti Fun Rise, Fun Run dan Fun Walk yang termasuk dalam program HBN di Tuaran, Sabah. - Astro AWANI
TUARAN: Anjuran Hari Belia Negara (HBN) 2022 telah memperlihatkan banyak kecemerlangan belia dari segi penganjuran, penglibatan dan juga kematangan dalam pelbagai aspek.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Noordin Jahim berkata, penganjuran program-program dalam Hari Belia Negara kelihatan begitu sangat teratur dan tersusun.
"Semuanya mengikuti seperti yang telah ditetapkan, dari segi waktu dan penyertaan dalam acara telah tersusun rapi," katanya.
Menurut pemerhatian beliau, belia masa kini sudah siap sedia untuk membantu pemimpin bagi memastikan cita rasa generasi muda itu dapat dipenuhi.
Tambah beliau, ini adalah satu perkembangan baik, apabila program HBN dilancarkan di luar kota.
"Ianya memperlihatkan satu keterangkuman, keterlibatan diantara pucuk pimpinan dan akar umbi khususnya diperingkat kawasan luar bandar," katanya.
Beliau juga berharap agar program-program seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang kerana kesannya sangat baik.
Selain itu, beliau turut menyentuh peranan belia dalam memberi kesedaran serta menyebar luas maklumat-maklumat terkini mengenai potensi jangkitan COVID-19 yang masih berleluasa.
"Sejak kebelakangan ini ianya sedang meningkat, dan kita mengharapkan hasil daripada pertemuan dalam program HBN ini, agar kembali menyebar luas maklumat bahawa peperangan belum berakhir, perjuangan perlu diteruskan dan apa yang diamalkan tempoh lalu telah memperlihatkan kejayaan.
"Belia selaku tenaga yang masih muda dan cergas, kita mengharapkan inilah masanya untuk membantu kerajaan menyedarkan rakyat bahawa peperangan belum berakhir dan perlu diteruskan, khususnya melawan pandemik," ulasnya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri pelancaran aktiviti Fun Rise, Fun Run dan Fun Walk yang termasuk dalam program HBN di Tuaran, Sabah.
Topic Berkaitan
#Hari Belia Negara
#Jahid Noordin Jahim
#Belia
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan