SINGAPURA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Annuar Musa akan menghadiri Asia Tech x Singapore (ATxSG) 2022 sebagai anggota panel bersama, yang menghimpunkan menteri komunikasi dari seluruh dunia.
Menurut kenyataan dikeluarkan kementeriannya, Annuar dijadual berucap pada sesi bertajuk "Teknologi, Masyarakat dan Peranan Dasar" pada Selasa (31 Mei), mengenai keperluan ketersambungan yang lebih baik dalam ekonomi digital dan pengurusan maklumat salah dalam talian.
Angota panel bersama yang lain termasuk Menteri Keusahawanan dan Teknologi Maklumat (Estonia) Andres Sutt, Menteri Komunikasi dan Informatik (Indonesia) Johnny G Plate, dan Ketua Eksekutif Forum Kerjasama Peraturan Digital (United Kingdom), Gill Whitehead, menurut kenyataan itu.
Di samping itu, Annuar juga akan mengadakan pertemuan dua hala dengan tuan rumah dan rakan sejawatannya dari Singapura Josephine Teo, serta Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Brunei Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohammad Yusof.
Menurut laman web ATxSG, dianggap sebagai acara teknologi terbesar dianjurkan di Singapura sejak sempadan negara itu dibuka, acara itu akan berlangsung selama empat hari hingga 3 Jun 2022.
ATxSG akan turut melibatkan acara ATxSummit dengan undangan secara eksklusif, diadakan di The Ritz-Carlton, Millenia di mana Timbalan Perdana Menteri Singapura dan Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi Heng Swee Keat menjadi Tetamu Kehormat.
Lebih daripada 50 pembentang dan kira-kira 2,000 tetamu daripada sektor kerajaan, perniagaan dan industri akan menghadiri acara itu.
Ia dijangka menyaksikan perbincangan mantap mengenai pelbagai topik seperti pengkomputeran kuantum, metaverse dan kemampanan masa depan digital hijau.
Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin juga akan berucap pada Sidang Kemuncak yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) republik itu.
ATxSG juga akan menjadi tuan rumah kepada syarikat teknologi terbesar dan paling pesat berkembang di dunia seperti Perkhidmatan Web Amazon, Epic Games, Google, IBM, Microsoft dan Kumpulan Ping An.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Annuar Musa akan menghadiri Asia Tech x Singapore (ATxSG) 2022 sebagai anggota panel bersama, yang menghimpunkan menteri komunikasi dari seluruh dunia. - Gambar fail/BERNAMA
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.
PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.