awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ansari keluar PKR bukan isu besar - Azmin

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
25/05/2013
12:07 MYT
Ansari keluar PKR bukan isu besar - Azmin
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali tidak menganggap tindakan Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah yang mengisytiharkan keluar dari parti sebagai satu isu besar.
Sebaliknya menurut beliau, ketidakpuasan hati berhubung pemilihan calon pilihan raya adalah perkara biasa yang dialami setiap parti politik di negara ini.
"Isu calon ini berlaku dalam semua parti politik..akhirnya parti perlu membuat keputusan dan satu kawasan hanya kita boleh hantar satu calon.
"Maka sudah tentulah ada yang tidak puas hati," katanya kepada wartawan di Kongres Nasional Keadilan ke-9 di Dewan Sivik MBPJ hari ini.
Parti pula kata Ahli Parlimen Gombak itu di dalam membuat keputusan perlu terlebih dahulu melalui proses rundingan yang kadangkala berlarutan agak panjang.
Jelas beliau sekiranya masih tiada kata putus yang berjaya dicapai melalui proses rundingan tersebut, pimpinan tetap perlu membuat satu kata putus yang pastinya akan ada pertikaian daripada pihak-pihak tertentu.
"Tetapi sekali lagi, kita melalui proses rundingan dan konsultansi yang agak panjang. Dan akhirnya kita kena buat keputusan. Kita tidak boleh meneruskan rundingan sehingga tidak ada keputusan.
"Dan apabila keputusan dibuat, sudah tentulah ada pihak yang terima dan tak terima," ujar beliau.
Ansari semalam melalui laman Facebook miliknya telah mengumumkan peletakan jawatan daripada PKR yang disertainya selama 14 tahun.
Di dalam kenyataan tersebut, Ansari menjelaskan bahawa beliau telah lama berniat untuk berhenti dari politik tetapi terpaksa menangguhkan hasrat tersebut demi menjaga hati rakan seperjuangan yang memintanya tidak berbuat demikian.
Sementara itu Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad pula berpendapat kedudukan PKR di Sabah tidak sedikitpun tergugat dengan tindakan Ansari itu.
Berdasarkan prestasi cemerlang yang ditampilkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, 5 Mei lalu di negeri di bawah bayu itu yang menyaksikan buat pertama kalinya PKR berjaya menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, justeru perkara yang perlu difokuskan ketika ini adalah untuk memperkukuhkan lagi kedudukan parti.
Topic Berkaitan
#Ansari Abdullah
#Azmin Ali
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan