TINDAKAN kerajaan yang telah mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (No 2) 2021, berkuatkuasa 12 Mac 2021, khusus untuk memerangi aktiviti penghasilan dan penyebaran berita tidak benar sepatutnya diwartakan sejak awal lagi iaitu terutamanya apabila kita berhadapan dengan pandemik COVID-19 sejak Mac tahun lalu. Namun ia tidak terlambat.

Tempoh setahun ini agak mencabar apabila kita berhadapan dengan penularan berita palsu khususnya berhubung COVID-19 yang mencetuskan panik, kecurigaan dan ketakutan dalam kalangan rakyat Malaysia yang mana berlakunya panicking buying sehingga kehabisan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman.

Saban hari kita terpaksa berhadapan dengan berita palsu kerana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memerlukan kita berada di rumah dan bekerja dari rumah yang mana penggunaan platform-platform media sosial agak tinggi di dalam tempoh ini termasuk aplikasi WhatApps.

Penularan berita palsu seperti status hospital, zon sesuatu kawasan, perangkaan jangkitan dan juga laman-laman sesawang secondary atau fakta alternatif berleluasa termasuk remedy (penawaruntuk jangkitan COVID-19.

Semakin tinggi kita berhadapan dengan kes-kes COVID-19, berita palsu mengejar di belakang.

Setiap hari Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan dan juga laman sesawang sebenarnya.my mencantas penularan berita palsu termasuk usaha aktif media-media perdana yang terpaksa bertungkus lumus mengeluarkan pelbagai jenis informasi dan infografik dalam pelbagai jenis bahasa dan memaksimakan penggunaan platform media perdana versi media sosial di dalam media cetak dan penyiaran.

Masih kita terpaksa berhadapan dengan penularan berita palsu dari luar negara dan terdapat kes-kes tangkapan yang dibuat terhadap individu-individu yang sebarkan berita palsu hasil laporan orang ramai.

Kita masih ketinggalan belakang, dari segi adaptasi media literasi dan juga budaya fact-checking yang mana kurang berikutan faktor penggunaan platform media sosial yang begitu tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia dan juga tabiat “over-encouragement to share” iaitu sifat keterlaluan kongsi maklumat.

Kita masih tidak mempunyai sikap kesederhanaan dalam mendapatkan maklumat dan juga keterbukaan untuk mendapat banyak maklumat dan membuat perbandingan.

Populasi rakyat Malaysia hampir mencecah 33 juta, mengikut World Internet Stats pengguna internet kita adalah 29.1 juta dan pengguna Facebook sahaja hampir 27 juta.

Menurut pemerhatian saya hampir dua hingga tiga juta peningkatan berlaku dari segi akses internet dan aplikasi platform media sosial. Jadi, secara dasarnya kita perlu Ordinan seperti ini dikuatkuasakan untuk membendung penularan berita palsu.

Apatah lagi apabila berhadapan dengan krisis pandemik seumpama ini atau bencana alam. Daripada melihat ianya sebagai satu instrumen yang menyekat kebebasan bersuara dan juga menyekat kebebasan media, ianya harus dilihat dari segi perspektif yang lebih luas, bagaimana sikulasi maklumat-maklumat seumpama ini mampu membentuk masyarakat yang sihat dari segi pengunaan dan perkongsian maklumat.

Kita masih belum mencapai ke satu tahap yang boleh memilih Instrument Artificial Intelligent yang sesuai untuk digunapakai bagi menangkis penularan berita palsu di konteks Malaysia.

Kita sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik sudah tentunya sensitiviti kaum dan agama amat penting untuk menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Walaupun kita sudah mempunyai 3R yang melarang kita menyentuh Race, Religion dan Royalty namun instrumen yang lebih tegas dari segi penalti diperlukan.

Maka, apa yang dicadangkan menurut Perkara 4(1) Ordinan tersebut, sebarang proses penghasilan berita tidak benar, sehingga menimbulkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam, jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebih RM100,000, atau denda tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali adalah suatu yang dialu-alukan apabila kita tengah berhadapan dengan krisis pandemik dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang memerlukan komitmen rakyat Malaysia untuk mendaftar bagi mencegah penularan berita palsu.

Proses penghasilan itu termasuk - mengadakan, menawarkan, menerbitkan, mencetak, mengedarkan, mengelilingkan, atau menyebarkan berita tidak benar, atau penerbitan yang mengandungi berita tidak benar.

Kita tidak mahu berita palsu berhubung program immunisasi ini diputarbelitkan ditambahi dengan pemberitaan asing yang agak lambat untuk kita mencantas berserta dengan fahaman-fahaman extremist yang melihat pengambilan vaksin ini bercanggahan dengan ideologi-ideologi mereka.

Saya melihat usaha ini bukanlah yang baru bagi Malaysia sedangkan negara-negara jiran sudah pun melaksanakan ordinan seperti ini.

Banyak negara Asia Tenggara menyedari bahawa peraturan untuk ruang siber adalah penting. Indonesia berada dalam fasa yang disebut ‘Access Controlled’ – rangkaian mekanisme, yang menekankan pelbagai jenis elemen kawalan, yang membatasi akses berlebihan terhadap pengetahuan dan informasi.

Sementara itu, Singapura telah memperkenalkan undang-undang terhadap berita palsu yang dibantah oleh kumpulan hak asasi yang berpendapat menyekat kebebasan bersuara, dan ahli politik pembangkang mengatakan dapat memberikan kerajaan terlalu banyak kekuatan ketika pilihan raya menjelang.

Akta Perlindungan dari berita palsu dan manipulasi dalam talian diluluskan pada bulan Mei tahun lalu. Undang-undang menetapkan bahwa setiap menteri memiliki hak untuk memutuskan apa yang merupakan "pernyataan fakta palsu".

Sudah pasti Ordinan ini banyak akan membantu media Malaysia khususnya yang turut berkorban bersama barisan hadapan yang membuat liputan pemberitaan krisis COVID-19 tidak kira waktu dan masa bagi memberikan informasi yang betul terhadap rakyat kita dan pada masa yang sama berhadapan dengan risisko jangkitan COVID-19 dan juga penularan berita palsu.

Media Malaysia perlu diberikan  penghargaan di dalam pemberitaan krisis ini. Bukan itu sahaja, malah membantu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengenalpasti sumber dan agenda berita palsu yang ditularkan di negara kita.

SKMM sudah menjalankan kempen "Freedom of Speech but not freedom to lie" (kebebasan bersuara, tetapi bukan kebebasan menipu); dan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga membuat pemakluman hampir setiap hari, namun penularan berita palsu masih berleluasa.

Selain warganegara Malaysia, bukan warganegara Malaysia jika dituduh melakukan sebarang kesalahan di bawah Ordinan itu di negara ini, individu berkenaan turut menghadapi hukuman yang sama.

Menurut Perkara 5 Ordinan berkenaan, individu yang dikesan menyalurkan bantuan kewangan, sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi membantu proses penghasilan berita tidak benar, juga boleh dikenakan pertuduhan.

Ketika ini, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mesti berjaya kerana ia adalah jawapan besar bagi COVID-19.



*Prof. Madya Dr Sara Chinnasamy adalah Penganalisis Politik & Media Sosial Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM.

**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.