MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 7 Ogos 2025.
Tiga individu dipercayai terlibat dalam video tular yang memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan baru-baru ini dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam.
Pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung tarif 100 peratus terhadap semua produk semikonduktor import tidak dilihat sebagai langkah rasmi negara itu buat masa ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Pemilik kenderaan mewah yang disita kerana gagal memperbaharui cukai jalan dan tidak memiliki perlindungan insurans, perlu melunaskan semua bayaran termasuk kompaun sebelum kenderaan mereka boleh dilepaskan semula, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Thailand dan Kemboja bersetuju untuk mematuhi gencatan senjata secara ketat di sepanjang sempadan kedua-dua negara serta mengelakkan sebarang tindakan provokatif.
Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat telah menyerahkan telefon bimbit miliknya kepada polis pada Khamis.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik balik kenyataannya dalam Parlimen pada Selasa lepas, yang mendakwa Ahli Parlimen Pagoh itu mempertahankan hak warga asing dalam penyasaran subsidi RON95.
Imam Masjid an-Nabawi Shaikh Salah Muhammad Al-Budair menzahirkan penghargaan terhadap jemaah Malaysia yang disifatkan sebagai bersantun, beradab serta berdisiplin tinggi dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi sepanjang musim haji.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi jaminan bahawa sekolah berasrama penuh di seluruh negara masih berada dalam keadaan selamat.
Sistem pembayaran terbuka tol menggunakan teknologi Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) yang disokong platform digital bersepadu, akan dilaksanakan secara berperingkat di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula Oktober ini, melibatkan laluan Hutan Kampung ke Sungai Dua di Pulau Pinang sebagai projek rintis.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi bekas Perdana Menteri, Tan Muhyiddin Yassin untuk merekodkan kenyataannya dalam siasatannya berhubung tuntutan subsidi RON95.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami