SHAH ALAM: Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap dikenali sebagai 'anti-stalking law' dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, buat masa ini, RUU tersebut berada di peringkat perincian terakhir di Jabatan Peguam Negara.
"Saya akan buat taklimat bersama ahli-ahli Parlimen serta Senator pada minggu depan mengenai RUU tersebut.
"Kita akan berikan pemakluman dan status terkini juga dengan semua pemegang taruh yang terlibat.
"Ia dilihat seiring dengan RUU Anti Seksual, kalau dapat dibentangkan tahun ini saya akan gembira sekali," katanya kepada media selepas Persidangan Meja Bulat Wanita Bangkit 2022, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata RUU yang bakal diperkenalkan itu dijangka mampu melindungi mangsa khususnya wanita, daripada gangguan secara realiti atau dalam talian.
"Dengan lulusnya RRU ini, ramai mangsa akan berani tampil ke hadapan selain ini hadiah buat mereka.
"Ini adalah sebahagian isu keselamatan yang kita boleh beri harapan kepada mangsa," katanya.
Katanya, hasil daripada persidangan meja bulat yang berlangsung hari ini turut menggesa agar RUU berkaitan jenayah intip dan hendap itu dipercepatkan.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, tiga resolusi dicapai melalui persidangan sama melibatkan kluster kepimpinan, kluster perundangan dan kluster sosioekonomi.
"Resolusi ini akan diserahkan kepada kerajaan bagi menambah baik dasar dan pelaksanaan termasuk Belanjawan 2023," katanya.
Persidangan tersebut dianjurkan oleh Wanita Perikatan Nasional (PN) dihadiri oleh 75 wakil badan-badan bukan kerajaan dan organisasi termasuk individu profesional.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022

Mas Ermieyati berkata RUU yang bakal diperkenalkan itu dijangka mampu melindungi mangsa khususnya wanita, daripada gangguan secara realiti atau dalam talian. - Gambar fail/Bernama

Tiada dokumen sulit ditemui di rumah Joe Biden
Pencarian selama empat jam itu berkaitan siasatan berhubung pengendalian dokumen sulit kerajaan AS.

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Keputusan bantahan awal petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah ditangguh 7 Februari
Mahkamah Tinggi Melaka menangguhkan keputusan bantahan awal petisyen pilihan raya yang difailkan calon BN bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Parlimen Masjid Tanah.

Muhyiddin, Mas Ermieyati hipokrit pertikai MoU Kerajaan Perpaduan Malaysia - Fahmi
Fahmi sifatkan tindakan kedua-dua pemimpin Bersatu itu sebagai kemunafikan politik.

PRU15: Shahril Hamdan tewas di Alor Gajah, Mas Ermieyati pertahan Masjid Tanah
Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan tewas di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15).

PRU15: Mas Ermieyati berdepan laluan sukar pertahan kerusi di kubu kuat BN
Kemenangan dengan majoriti 8,159 undi yang diraih atas tiket BN dahulu tidak boleh dijadikan kayu pengukur.

PRU15: Mas Ermieyati sah pertahan Masjid Tanah
Penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin disahkan bakal mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November ini.

Mangsa hendap boleh mohon perintah perlindungan
Keprihatinan terhadap perlindungan mangsa perlakuan menghendap di negara ini dijangka bawa keharmonian dan kestabilan sosial.

Dewan Rakyat lulus RUU berkaitan kesalahan menghendap
Perbuatan menghendap boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bacaan kedua RUU berkaitan intip dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan
Bacaan kedua rang undang-undang (RUU) berkaitan jenayah intip dan hendap akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan hadapan.

Bacaan kedua RUU berkaitan 'Anti-Stalking' dibentang di Dewan Rakyat bulan depan
Bacaan kedua bagi Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan Anti-Stalking akan dibentang di dewan rakyat pada bulan Oktober 2022 ini.

Sesiapa sahaja boleh jadi mangsa intip dan hendap, tampil kongsi pengalaman - Mas Ermieyati
Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan jenayah tersebut memerlukan kerjasama semua pihak dalam perjuangan diwartakan sebagai akta.