awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anti-vaksin: Kerajaan perlu lebih tegas, undang-undang jalan terbaik - Pakar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
24/12/2020
04:22 MYT
Anti-vaksin: Kerajaan perlu lebih tegas, undang-undang jalan terbaik - Pakar
Dr Sakinah berkata, sekurang-kurangnya 75 peratus populasi dalam sesebuah negara perlu divaksin untuk mencapai tahap imuniti kelompok.
KUALA LUMPUR:Golongan anti-vaksin di negara ini dilihat masih lagi secara berterusan menyebar fahaman salah kepada masyarakat.
Pakar Perubatan Keluarga, Medical Mythbuster Malaysia, Dr Sakinah Sulong berkata pelbagai peruntukan undang-undang ketika ini wujud yang membolehkan pendakwaan dilakukan terutama berkait penyebaran berita palsu dan sebagainya.
"Saya tidak menafikan kepentingan media massa seperti televisyen dan radio dalam memberitahu fakta dan maklumat yang sahih daripada pihak berwajib seperti Menteri Hal Ehwal Agama atau Kementerian Kesihatan.
"Saya juga memandang perlunya ada penguatkuasaan dan langkah proaktif daripada pihak kerajaan untuk membendung pihak anti-vaksin ini daripada terus menyebar fahaman atau kesalahan fahaman kepada masyarakat luar," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Jelas Dr Sakinah, antara peruntukan sedia ada yang boleh digunakan termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588).
"Saya rasa tindakan atau langkah undang-undang perlu diambil oleh kerajaan secara tegas untuk membawa individu-individu ini ke muka pengadilan supaya ada rasa tanggungjawab di atas setiap pernyataan.
"Kalau kita tengok sekarang ini, khabar angin atau maklumat salah ini berleluasa di Facebook, Whatsapp dan video yang disebarkan, sedangkan ini semua daripada individu-individu tidak bertauliah.
"Saya risau dengan situasi sekarang ini. Kita mengharapkan sesuatu, supaya masyarakat terlindung, dengan menggunakan vaksin," katanya.
Tambahnya, sekurang-kurangnya 75 peratus populasi dalam sesebuah negara perlu divaksin untuk mencapai tahap imuniti kelompok (herd immunity).
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#undang-undang
#perubatan
#keluarga
#kesihatan
#kerajaan
#vaksin
#COVID-19
#Sakinah Sulong
#berita palsu
#salah faham
#imuniti
#imunisasi
#maklumat
#anti-vaksin
#anti-vax
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan