awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar berlepas dari Riyadh ke Jeddah

Bernama
Bernama
12/11/2023
00:15 MYT
Anwar berlepas dari Riyadh ke Jeddah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikah umrah bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di tanah suci Makkah. - Gambar fail BERNAMA
RIYADH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikah umrah bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di tanah suci Makkah.
Beliau diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.
Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isteri berlepas dari Lapangan Terbang Antabarabangsa Raja Khalid pada 2 pagi waktu tempatan (7 pagi waktu Malaysia) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah.
Anwar tiba di Riyadh tengah hari semalam untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali kelapan bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.
Pemimpin dan delegasi daripada negara anggota OIC berkumpul pada sidang kemuncak itu yang dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.
Perdana Menteri dijangka berlepas pada petang dari Jeddah ke San Francisco, Amerika Syarikat untuk menyertai Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM Anwar Ibrahim
#Wan Azizah Wan Ismail
#umrah
#Sidang Kemuncak Tergempar OIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan