PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar bekas pemimpin dan pembesar yang mendapat keuntungan ketika era pemerintahan mereka untuk berkongsi kekayaan dengan orang Melayu yang lain.
Jelasnya, ini kerana pemimpin-pemimpin berkenaan dilihat hanya mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan keluarga ketika pentadbiran masing-masing.
Namun apabila mereka tidak lagi berkuasa, isu membabitkan penyatuan serta kekuatan orang Melayu baru dibangkitkan dan diperjuangkan individu berkenaan.
"Saya hendak beritahu pembesar, Tun, Tan Sri yang kaya ini, kalau betul hendak tolong Melayu, yang kamu ambil berpuluh bilion itu (ketika pentabiran), bagi setengah (daripadanya) kepada orang Melayu.
"Tun Daim (Zainuddin) ke Tun Mahathir (Mohamad), saya tidak peduli, berapa kekayaan, RM10 bilion, RM15 bilion, kalau betul hendak (cakap) hidup Melayu dan perjuangkan (hak) Melayu, yang kamu sakau itu kembalikan kepada orang Melayu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Aidilfitri sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Peringkat Negeri Pulau Pinang bersama Perdana Menteri, di UiTM Permatang Pauh, pada Sabtu.
Dalam perkembangan berasingan, Anwar berharap bahawa kritikan dan teguran yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinannya dibuat berlandaskan kebenaran dan fakta yang tepat.
Ianya adalah bagi memastikan orang ramai tidak terpedaya dan percaya dengan berita atau perkara tidak benar yang disampaikan pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga mengganggu kestabilan negara.
Tindakan itu jelasnya turut membuktikan keterbukaan kerajaan ketika ini dalam menerima pelbagai teguran serta cadangan penambaikan demi kebaikan semua pihak.
Abd Hadi Che Awang
Sat May 06 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di UiTM Cawangan Pulau Pinang hari ini. - Foto BERNAMA
PM Anwar cabar pembangkang bawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat
Datuk Seri Anwar mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.
[KOLUMNIS] Analisis prestasi, pengaruh dan persepsi kempen PRK Mahkota
Adakah Syeikh Hussein atau Coach Haizan? Itu akan diketahui pada 28 September depan.
Yang Di-Pertuan Agong diberi sambutan negara di Beijing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diberi sambutan negara di Great Hall of the People di Beijing, bersempena dengan Lawatan Negara Seri Paduka Baginda ke China selama empat hari bermula semalam.
Tentera Israel bunuh, buang jasad mangsa dari bumbung bangunan
Pihak tentera Israel dilaporkan sedang menyiasat satu video yang menunjukkan anggotanya menolak jasad yang kelihatan seperti mayat dari bumbung sebuah bangunan di Tebing Barat.
Bekas pekerja dirogol, Harrods mohon maaf
Sebuah gedung mewah di London, Harrods pada Jumaat membuat permohonan maaf berhubung dakwaan bekas pemiliknya, Mohamed Al Fayed yang dilaporkan merogol serta melakukan serangan seksual beberapa bekas pekerja wanitanya.
Seorang hakim maut ditembak beberapa kali
Seorang hakim maut ditembak di sebuah Mahkamah Letcher County, Kentucky, Amerika Syarikat oleh seorang sherif pada Khamis waktu tempatan.
Kos sara hidup, harga barang tumpuan Kerajaan MADANI
Kerajaan MADANI akan memberikan tumpuan khusus dalam usaha menangani kos sara hidup rakyat menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober depan di Dewan Rakyat.
PM cabar pembangkang bawa usul tidak percaya
Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang untuk membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat jika mahu menumbangkan kerajaan.
SFZ Forest City tawar kadar cukai sifar peratus untuk "family office"
Forest City akan menjadi lokasi pertama di Malaysia yang menawarkan kadar cukai sifar peratus untuk “family office” atau firma pengurusan individu kaya, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pencari madu lebah parah diserang beruang
Seorang lelaki cedera parah akibat diserang beruang ketika mencari madu lebah di kawasan hutan paya Sungai Bari dekat Kampung Bukit Putera, Chalok, Terengganu petang Khamis.
'Kenapa pembangkang diam bila ringgit mengukuh?’ – PM Anwar
Tindakan pembangkang yang berdiam diri dengan situasi ringgit yang mengukuh menimbulkan persoalan tentang peranan semak dan imbang mereka.
Reform penjawat awam: PM Anwar batal rombongan 68 pegawai kementerian, agensi ke pameran di Berlin
Beliau mengambil keputusan membatalkan terus lawatan tersebut biarpun rombongan itu sudah menempah tiket penerbangan dan hotel.
Pemandu Grab OKU: Jangan terlalu cepat menghukum, siapa kata kes ditutup? – PM
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa kes siasatan melibatkan serangan terhadap seorang pemandu e-hailing OKU pada 28 Mei telah ditutup, dan tiada tindakan terhadap pegawai pengiring terbabit.
PM arah agensi, badan berkanun dapat kelulusan menteri untuk lawatan luar negara - Fahmi
Perdana Menteri mengarahkan semua agensi dan badan berkanun mendapatkan kelulusan menteri masing-masing untuk lawatan ke luar negara.
PM gesa kerajaan negeri bersama jayakan hasrat modenkan pentadbiran tanah
Perdana Menteri gesa kerajaan negeri untuk bersama-sama Kerajaan Persekutuan menjayakan hasrat memodenkan pentadbiran tanah di negara ini.
PM Anwar beri sumbangan peribadi kepada mangsa banjir di Perlis
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberikan sumbangan peribadi menerusi Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU JPM) Perlis kepada 46 keluarga terjejas akibat banjir di empat pusat pemin
SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar
Laporan penilaian SDG menunjukkan Malaysia mencapai 43 peratus pelaksanaan, berbanding pencapaian purata negara lain iaitu 17 peratus.
PM Anwar terkesan dengan pemergian bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don
Perdana Menteri terkesan dengan pemergian sahabatnya bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Ahmad Mohd Don yang meninggal dunia pagi tadi.
Status halal tidak lagi sekadar merujuk tiada babi, alkohol - PM Anwar
Status halal kini tidak lagi sekadar merujuk kepada makanan atau minuman yang tidak mengandungi babi atau alkohol.
PM Anwar ucap Selamat Hari ATM ke-91
Anwar menzahirkan penghargaan kepada wira negara atas jasa serta pengorbanan mereka melindungi keselamatan dan kedaulatan negara.