awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Gangguan trafik sempena AMM ke-58, dijangka bermula Jumaat ini
MALAYSIA
Lebih 5,000 senjata api tiruan dirampas dalam serbuan di tiga negeri
MALAYSIA
P.Pinang lancar Silicon Research & Incubation Space pacu industri reka bentuk litar bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Anwar, delegasi berlepas ke Itali, mulakan siri lawatan rasmi dan Sidang Kemuncak BRICS

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
01/07/2025
06:22 MYT
Anwar, delegasi berlepas ke Itali, mulakan siri lawatan rasmi dan Sidang Kemuncak BRICS
Anwar berlepas melalui Kompleks Bunga Raya di KLIA sekitar jam 2.20 petang menerusi penerbangan sewaan khas daripada Malaysia Airlines. - Foto PMO
SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Itali hari ini untuk memulakan siri lawatan rasmi beliau ke tiga buah negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil.
Beliau berlepas melalui Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 2.20 petang menerusi penerbangan sewaan khas daripada Malaysia Airlines.
Turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Antara delegasi perniagaan yang mengikuti lawatan itu adalah Petronas, Khazanah Nasional Bhd, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank, FGV Holdings Berhad (FGV) dan Weststar.
Di Itali, Perdana Menteri dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya Georgia Meloni di Istana Chigi, Rom pada 3 Julai.
Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, pertemuan itu memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk menilai perkembangan hubungan Malaysia-Itali serta meneroka peluang kerjasama baharu, khususnya dalam bidang ekonomi, teknologi pertahanan dan tenaga.
Kedua-dua pihak juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama termasuk Hubungan Rakan Pembangunan ASEAN-Itali, Hubungan Dialog ASEAN-Kesatuan Eropah dan situasi di Asia Barat.
PM Anwar juga dijadual merasmikan Persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali yang akan dihadiri pemimpin industri kedua-dua negara bagi membincangkan peluang kerjasama dalam pelaburan dan perdagangan dua hala.
Selain itu, Anwar dijadual menghadiri perjumpaan bersama pemimpin komuniti Islam di Itali dan majlis ramah mesra bersama diaspora Malaysia.
Tahun lalu, jumlah dagangan antara Malaysia dan Itali mencatatkan peningkatan dua peratus kepada RM14.61 bilion (USD3.18 bilion) berbanding 2023 manakala bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, jumlah dagangan terus menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.3 peratus kepada RM6.50 bilion (USD1.48 bilion) berbanding tempoh sama bagi tahun 2024.
Itali adalah rakan dagang kelima terbesar Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah dan pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia dari blok tersebut bagi tahun 2024.
Selepas Itali, PM Anwar dijadual ke Perancis bagi lawatan rasmi selama dua hari bermula 3 Julai dan seterusnya menghadiri Sidang Kemuncak BRICS di Rio de Janeiro, Brazil pada 5 Julai.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Persidangan Meja Bulat Perkongsian Ekonomi Malaysia-Itali
#sidang kemuncak BRICS
#Georgia Meloni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami