awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pemerkasaan tahfiz bina huffaz profesional seimbang - Ahmad Zahid
Penulis blog Murray Hunter mohon maaf, tarik balik artikel berunsur fitnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar desak kerajaan tubuh suruhanjaya, teliti dasar berkaitan bencana

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
23/12/2021
06:58 MYT
Anwar desak kerajaan tubuh suruhanjaya, teliti dasar berkaitan bencana
Penyelarasan pengagihan bantuan yang dibuat secara tidak teratur dan kelam kabut seperti yang berlaku ketika ini hanya akan menimbulkan rasa kecewa serta tidak puas hati dalam kalangan mangsa, kata Anwar Ibrahim. - Gambar Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didesak menubuhkan suruhanjaya dalam meneliti semula peranan serta dasar setiap agensi yang terlibat bagi mengurus dan mengendalikan persiapan menghadapi bencana di negara ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu perlu untuk memudahkan koordinasi dan keputusan yang dibuat agar langkah terbaik dapat diambil bagi membantu rakyat yang terkesan.
Menurut beliau, penyelarasan pengagihan bantuan yang dibuat secara tidak teratur dan ‘kelam kabut’ seperti yang berlaku ketika ini hanya akan menimbulkan rasa kecewa serta tidak puas hati dalam kalangan mangsa.
"Sebab itu, saya katakan harus ada suruhanjaya (untuk) teliti semula seluruh dasar peranan dan tindakan (yang) diambil supaya kita tidak berulang (kegagalan) dalam hal ini.
"Banjir ini bukan perkara baharu di Malaysia… saya masih ingat saya (menjadi) Pengerusi (untuk kendalikan bencana) semasa saya (menjadi) Timbalan Perdana Menteri (TPM) (bagi) menangani masalah ini pada tahun 1995 ketika banjir dan malam itu juga Mesyuarat Khas, malam itu buat keputusan, malam itu kerah tentera, turun malam itu jugak, bagi berapa jam tentera boleh lakukan,
"(Namun kerajaan Persekutuan yang dipimpin Ismail Sabri) ini tidak… sehari dua hari dan kemudian tidak ada (satu pun) pengarahan yang jelas," tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi.
Presiden PKR itu berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Pemantapan Pilihanraya PKR Kedah di Merdeka Beach Resort, Pantai Merdeka di sini, pada Khamis.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar juga tidak bersetuju dengan tindakan segelintir pihak yang menuding jari dan mendakwa agensi berkaitan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, lewat bertindak.
Jelasnya, tindakan itu sebenarnya adalah berpunca daripada kepimpinan di peringkat atasan yang tidak membuat keputusan segera.
Pada Selasa, Ismail Sabri mengakui, terdapat kelemahan dalam pengurusan bencana banjir terutamanya di negeri Selangor.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan sentiasa telus, tidak boleh menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak, sebaliknya, pengajaran perlu diambil dalam menghadapi bencana sama pada masa akan datang.
Menurut Ismail Sabri, tanggungjawab pengurusan bencana banjir tidak hanya terletak di bahu kerajaan Persekutuan sahaja, sebaliknya, kerajaan negeri dan petugas di peringkat daerah turut memainkan peranan penting.
Topic Berkaitan
#banjir
#bencana
#Anwar Ibrahim
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan