KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kerajaan membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memandangkan rakyat kini semakin terdesak dan tertekan.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Anwar yang juga Presiden PKR menjelaskan pengeluaran KWSP itu perlu dibenarkan pada kadar segera tanpa ada apa-apa halangan dan kerenah birokrasi.
Malah tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, kerajaan juga perlu mengambil kira nasib golongan rakyat yang tidak mencarum.
Beliau juga menjelaskan, sebelum ini agak keberatan untuk mendukung langkah tersebut kerana ia akan memberi kesan kepada simpanan rakyat biarpun langkah yang diambilnya tdak popular.
"Saya turut meletakkan syarat kepada kerajaan saat itu untuk menampung kerugian yang dialami rakyat akibat banjir sekiranya kerajaan enggan untuk membenarkan pengeluaran KWSP.
"Namun, setelah berbulan berlalu, nampaknya kerajaan dan Menteri Kewangan Tengku (Datuk Seri) Zafrul (Tengku Abdul Aziz) tidak mempedulikan desakan ini. Bilangan rakyat yang mengeluh kepada saya terus meningkat.
"Dan saya terus mendengar keluhan di kalangan rakyat yang hari ini berada dalam keadaan yang amat terdesak dan menekan, terutamanya dalam jelajah saya di seluruh Johor yang sedang berlangsung," katanya.
Anwar menjelaskan gesaan itu dibuat setelah mengambil maklum desakan di kalangan rakyat yang mahu kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP.
Disember lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada KWSP yang berjumlah RM10,000 biarpun ada permintaan agar ia dipertimbangkan bagi tujuan meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.
Ismail Sabri berkata, ini kerana kerajaan telah memperuntukkan dana serta mengumumkan bantuan yang mencukupi bagi membantu mangsa banjir yang terjejas di seluruh negara pada ketika ini.
Menurutnya, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra, akan ada yang berisiko menjadi miskin tegar selepas bersara.
Astro Awani
Wed Mar 09 2022

Anwar menjelaskan gesaan itu dibuat setelah mengambil maklum desakan di kalangan rakyat yang mahu kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP. - Gambar fail/BERNAMA

ASNB umum agihan pendapatan 4.50 sen seunit untuk ASM 3
Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu berkata, ASM 3 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM681.96 juta.

Donald Trump saman bekas perisik British, penulis dokumen Steele
Perbicaraan dua hari ditetapkan bermula pada 16 Okt, yang dipercayai sebagai perbicaraan pertama dalam tuntutan itu.

Takraw: Malaysia ulangi pencapaian perak, gagal tamatkan dominasi 25 tahun Thailand
Thailand merakam kemenangan 2-0 ke atas skuad sepak takraw Malaysia sekali gus meraih pingat emas buat kali ketujuh berturut-turut.

'Terima kasih kerana selama ini telah ...' - Noor Nabila
Berdepan dengan pelbagai dugaan dalam hidup, usahawan sensasi Noor Nabila mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang selama ini telah membantunya.

Sukan Asia Hangzhou: Pasukan skuasy wanita mara ke final
Pasukan skuasy wanita negara meneruskan cabaran mereka untuk merampas semula pingat emas acara berpasukan Sukan Asia, selepas menewaskan Korea Selatan 2-0 dalam separuh akhir.

RM101 juta biasiswa untuk anak Sabah - Hajiji
Beliau berkata peruntukan biasiswa itu memberi manfaat kepada 4,638 pelajar Sabah melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

Adik dikecam jadi Timbalan Pengerusi GiatMARA, ini respons Bell Ngasri
Bell berkata dia tidak berasa sedih kerana itu adalah lumrah kehidupan dan orang ramai boleh memberikan apa sahaja pendapat di media sosial.

Edar ketamin lebih 26kg, tiga sekawan berdepan hukuman mati
Tiga sekawan dituduh di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mengedar dadah jenis ketamin seberat lebih 26 kilogram minggu lepas.

Kebakaran tahfiz: Pemuda rayu ke Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan bunuh
Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan membunuh dan perintah ditahan di penjara selama diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berhubung kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Qura
Perlu bawa imej meyakinkan rakyat, masyarakat antarabangsa
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin melakukan rombakan Kabinet atas alasan pencapaian parti kerajaan yang kurang memuaskan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos lalu.

Setuju mansuh pencen Ahli Parlimen, juga pencen penjawat awam - Khairy
Pemansuhan itu harus dilakukan secepat mungkin kerana selagi ia ditangguhkan, selagi itu ia memberi kesan kepada kewangan negara.

Wajar mansuh pencen ahli politik, ganti dengan caruman KWSP - Bersih
Kerajaan wajar mempertimbangkan cadangan memansuhkan pencen ahli Parlimen dan ADUN dengan menggantikannya dengan caruman KWSP.

Syed Saddiq setuju cadangan mansuh pencen ahli politik
Syed Saddiq berkata, cadangan itu wajar dilaksanakan supaya ahli politik merasai kekangan kewangan seperti yang dihadapi oleh rakyat biasa.

Batalkan pencen MP, masukkan dalam KWSP - Pakar ekonomi
Mereka harus diajar dan merasai kesempitan hidup dilalui rakyat yang sering kali meluahkan rasa terkesan dengan kos sara hidup.

Pakar ekonomi jangka kadar dividen KWSP lebih baik pada 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengagihkan kadar dividen lebih tinggi bagi 2023 sekiranya keadaan pasaran terus positif atau bertambah baik pada separuh kedua 2023.

KWSP catat jumlah pendapatan pelaburan RM33.19 bilion pada separuh pertama 2023
KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM33.19 bilion bagi separuh tahun pertama berakhir 30 Jun, 2023.

KWSP rekod RM33.19 bilion pendapatan pelaburan pada separuh pertama 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM33.19 bilion bagi separuh tahun pertama berakhir 30 Jun 2023.

Grab Malaysia komited pastikan keadilan dalam pendapatan rakan pemandu, penghantar
Grab Malaysia (Grab), penyedia perkhidmatan e-panggilan menegaskan ia akan terus memastikan keadilan dan ketelusan dalam menjana pendapatan rakan pemandu dan rakan penghantarnya.

KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel
KWSP cadang Akaun 3 diberi kelonggaran untuk membuat pengeluaran sebarang jumlah pada bila-bila masa.

Tiada perubahan terhadap pengeluaran penuh umur 55 dan 60 tahun untuk ahli semasa - KWSP
Perkhidmatan pengeluaran bulanan KWSP yang sedia ada hanya terpakai kepada ahli yang menyertainya secara sukarela.