BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) Malaysia-Brunei pada tahun ini akan dapat memuktamadkan beberapa perkara yang menjadi kepentingan bersama.
Ia termasuk kerjasama dalam bidang kesukanan dan belia, kehakiman syariah serta pendidikan yang sedang giat dibincangkan oleh kedua-dua pihak.
"Pada tahun ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi ALC ke-24 di Kuala Lumpur. Ia merupakan wadah utama bagi kedua-dua pemimpin negara membincangkan isu-isu berkepentingan bersama dan ia sewajarnya diteruskan," kata beliau pada Majlis Santapan Rasmi sempena lawatan rasmi beliau ke Brunei di Istana Nurul Iman, di sini, hari ini.
Santapan rasmi itu dihoskan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
Raja Isteri Pengiran Anak Saleha turut berkenan berangkat ke majlis itu.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Perdana Menteri berkata, selain komitmen untuk memelihara kerjasama sedia ada, Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan beliau akan sentiasa meneroka kerjasama strategik baharu dengan Brunei.
"Antara lainnya, patik amat mengalu-alukan hasrat dan tawaran daripada Brunei untuk melabur di dalam pelbagai sektor ekonomi berpotensi tinggi di Malaysia, termasuklah oleh Brunei Investment Agency (BIA)," kata beliau.
Anwar menzahirkan rasa begitu gembira kerana lawatan beliau dan delegasi pada kali ini akan membuahkan hasil yang pastinya membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara.
"Patik yakin lawatan ini akan disusuli oleh usaha-usaha berterusan oleh kedua-dua pihak untuk memperkukuhkan lagi kerjasama erat sedia ada," kata beliau.
Perdana Menteri turut menzahirkan rasa kesyukuran di atas hubungan erat antara kedua-dua negara yang tidak sekadar terbatas di peringkat kerajaan, malahan juga dalam kalangan rakyat dan beliau berterima kasih kepada Kerajaan Brunei di atas segala bantuan dan layanan baik yang diberikan kepada kira-kira 25,000 orang rakyat Malaysia yang menetap di negara ini.
Beliau turut gembira melihat persefahaman dan kerjasama erat yang terjalin untuk kesekian lamanya antara kedua-dua negara yang telah membawa manfaat yang begitu besar, termasuk semasa dunia dilanda pandemik COVID-19.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Brunei yang telah memutuskan untuk membuka sepenuhnya sempadan negara itu bemula pada 1 Ogos 2022 dan langkah tersebut menjadi ramuan penting ke arah usaha pemulihan pasca pandemik COVID-19.
"Dengan pembukaan sempadan ini, Malaysia turut gembira menerima kembali pengunjung-pengunjung dari Brunei yang meningkat begitu ketara bermula pada Ogos tahun lalu.
"Begitu juga, bilangan pelajar-pelajar dari negara ini yang melanjutkan pengajian tinggi di Malaysia menunjukkan peningkatan yang begitu positif setelah penurunan ketara ekoran penutupan sempadan kedua-dua negara bermula pada 2020," kata beliau.
Anwar tiba di Brunei untuk lawatan rasmi dua hari semalam dan diberikan sambutan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Antara yang turut mengiringi Perdana Menteri ketika di Brunei ialah Premier Sarawak. Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.
Kunjungan ini adalah lawatan rasmi ke luar negara yang kedua beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November tahun lepas. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah (kanan) berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) yang dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Brunei, di Istana Nurul Iman hari ini. - Gambar BERNAMA

Thaipusam | Batu Caves terus jadi tumpuan
Kehangatan sambutan Thaipusam sehingga petang ini masih lagi meriah dengan pengunjung tidak putus masuk dan keluar di Batu Caves. Untuk perkembangan lanjut kita terus bersama Raja Hisyam Raja Zaid yang berada di sana sejak pagi tadi.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.

Keselamatan | Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global
Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global

Pantau Kerajaan Baharu | Kewajaran penjualan mercun dan bunga api
Tan Sri Lee Lam Thye

Thaipusam | Sambutan Thaipusam meriah
Bersama Raja Hisyam Raja Zaid di Batu Caves.

Larangan import produk petroleum Rusia ke EU berkuat kuasa Ahad
Langkah itu bertujuan untuk mengehadkan pendapatan Rusia dari membiayai operasi ketenteraannya ke atas Ukraine.

Salahuddin Ayub alu-alukan pembentukan 'Kabinet Bayangan'
Salahuddin berkata, pengalaman beliau sebagai bekas Ahli Parlimen Pembangkang memberi gambaran tentang keperluan 'Kabinet Bayangan'.

Diserang Jerung | Remaja perempuan maut akibat kecederaan parah
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut selepas diserang seekor jerung ketika berenang di sungai di Australia Barat. Mangsa berasal dari Perth cedera parah apabila spesies jerung yang tidak diketahui menyerangnya di Sungai Swan di Fremantle, Perth.

'Saya akan teruskan perkhidmatan di Tambun walau ada kekangan' - Ahmad Faizal
Walaupun tewas pada PRU15 lalu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan bahawa beliau tidak akan meninggalkan parlimen Tambun.

Anjing liar mengganas, serang ternakan penduduk
Kumpulan anjing liar itu didapati hanya membunuh biri-biri berkenaan tanpa memakannya.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.

PM Anwar dilaporkan tidak sihat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan tidak sihat bagi menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves, Gombak, pada Ahad.

MCMC, PDRM diminta siasat gambar fitnah Perdana Menteri
Fahmi berkata pemilik akaun Facebook itu didapati berniat jahat dan sengaja menimbulkan prasangka buruk terhadap Perdana Menteri.

Perdana Menteri ucap Selamat Hari Thaipusam kepada penganut Hindu
Perayaan dan budaya yang pelbagai di Malaysia adalah hujah ampuh untuk masyarakat Malaysia saling kenal dan membina persefahaman.

Peruntukan pembangunan dikurangkan: 'Saya tidak setuju' - Isnaraissah
Mengambil kira saiz keluasan Parlimen yang jauh lebih besar di Sabah dan Sarawak, Isnaraissah berkata peruntukan kerajaan perlu dikekalkan.

PM sembah taklimat lawatan ke Singapura kepada Sultan Ibrahim
Sesi sembah taklimat kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Peruntukan pembangunan Ahli Parlimen tidak patut diganggu - Takiyuddin
Takiyuddin berkata jaminan memberikan peruntukan yang sama rata kepada Ahli Parlimen adalah selaras dengan tawaran PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Peruntukan Ahli Parlimen dipotong: Khuatir beri kesan kepada pembangunan, kebajikan rakyat - Howard Lee
Howard Lee berkata, peruntukan berkenaan amat diperlukan terutama bagi keperluan mendesak dalam menaik taraf infrastruktur yang daif.

Ahmad Zahid tetap liabiliti kepada Kerajaan Perpaduan - Penganalisis
Sejak pelantikan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam barisan jemaah menteri, timbul tohmahan bahawa ia telah mencacatkan Kerajaan Perpaduan.

PM datang PD makan rojak sebelum solat Jumaat
Buat pertama kali selepas bergelar PM, Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Ahli Parlimen PD 'kembali' ke kawasan pelancongan itu.