awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar meninggalkan pejabat, dipercayai ke Istana Negara

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
22/11/2022
08:01 MYT
Anwar meninggalkan pejabat, dipercayai ke Istana Negara
Dalam pemantauan Astro AWANI di Jalan Gasing, sudah ada pergerakan keluar ahli dari pejabat Anwar.
KUALA LUMPUR : Presiden Pakatan Harapan(PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meninggalkan pekarangan pejabatnya yang terletak di Jalan Gasing di sini pada jam 3.50 petang.
Seperti yang telah dititah oleh Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, beliau dijangka menghadap baginda di Istana Negara pada pukul 4.30 petang.
Dalam pemantauan Astro AWANI di Jalan Gasing, sudah ada pergerakan keluar ahli dari pejabat Anwar.
Individu pertama meninggalkan pejabat itu adalah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.
Terdahulu, Istana Negara hari ini telah menerima pemakluman berkenaan gabungan parti-parti politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi pembentukan kerajaan baharu daripada ketua parti-parti dan ketua gabungan parti-parti politik yang mempunyai jumlah kerusi Parlimen yang banyak susulan daripada keputusan PRU15.
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi satu kenyataan pada Selasa berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitah perkenan untuk ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional menghadap pada jam 4.30 petang ini.
BACA: Ketua gabungan PN, PH dititah menghadap Agong 4.30 petang ini - Istana Negara
Topic Berkaitan
#PRU15
#Anwar Ibrahim
#Istana Negara
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan