awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar minta rakyat Kelantan buat keputusan demi masa depan diri dan anak-anak

Bernama
Bernama
07/08/2023
15:59 MYT
Anwar minta rakyat Kelantan buat keputusan demi masa depan diri dan anak-anak
Perdana Menteri turut melahirkan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan akan kekal mentadbir negara dalam tempoh lima tahun ini. - Gambar Bernama
TANAH MERAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat Kelantan membuat keputusan demi kebaikan diri sendiri dan masa depan anak-anak mereka pada Pilihan Raya Negeri Sabtu ini.
Beliau berkata rakyat negeri itu perlu meneliti sebab Kelantan masih jauh ketinggalan berbanding negeri lain terutama Perak, Johor, Selangor dan Pulau Pinang.
"Mengapa negeri lain maju? Jawapannya pemerintah tidak fikir ke depan, tak ada rancangan yang baik, yang ada hanyalah cerca orang, fitnah kepada orang," katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan MADANI di Batang Merbau di sini malam ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), dan Pengerusi BN Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, berkata rakyat juga tidak seharusnya terus terpengaruh dengan isu agama dibawa oleh parti politik.
"(Masih guna) syurga dan neraka puluhan tahun dah ni, nak masuk syurga dan neraka bukan (ditentukan) parti," katanya.
Perdana Menteri turut melahirkan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan akan kekal mentadbir negara dalam tempoh lima tahun ini.
Katanya parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan telah menyatakan komitmen mereka untuk mengekalkan kerjasama itu.
Terdahulu, Anwar meluangkan masa menghadiri Majlis Ilmu dan Selawat di Madrasah Ribat Al Musthofa, Kampung Bagan Bawah, Pulai Chondong, Machang.
Beliau turut bersama warga madrasah itu menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Kerajaan Perpaduan
#Pakatan Harapan
#fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan