Skip to main content

Malaysia

Beri minum cecair berbahaya, wanita ditahan disyaki sebabkan kematian anak

51735894225_PolisLogo.jpg
Wanita berusia 35 tahun tersebut telah ditahan di Kajang untuk siasatan lanjut.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita kerana disyaki memberi tiga anaknya minum cecair berbahaya hingga menyebabkan seorang daripadanya meninggal dunia pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar yang mengesahkan kejadian itu berkata wanita berusia 35 tahun tersebut telah ditahan di Kajang untuk siasatan lanjut. 

Advertisement

“Ya, saya sahkan kejadian seorang kanak-kanak maut manakala dua lagi sedang menerima rawatan di hospital, kenyataan media lengkap akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Hari ini, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut manakala dua lagi adik lelakinya berusia sembilan dan lima tahun menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang selepas dipercayai diberi minum cecair berbahaya jenis Methadone di sebuah kediaman di Sungai Ramal Baru.

-- BERNAMA

Must Watch Video