awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar, Naib Presiden Indonesia akan sampaikan ucaptama perasmian pada GMBF 2023

Bernama
Bernama
24/11/2023
12:33 MYT
Anwar, Naib Presiden Indonesia akan sampaikan ucaptama perasmian pada GMBF 2023
Forum bertemakan 'Inovasi dan Transformasi dalam Ekonomi Islam' itu akan diadakan dari 28 hingga 30 November. - Gambar Wikipedia
KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Indonesia Dr Ma'ruf Amin dijadual menyampaikan ucaptama perasmian pada majlis makan malam gala Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) 2023 pada 28 November ini.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga dijangka menyampaikan ucaptama pada majlis yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo itu di sini.
"GMBF 2023 menyasar untuk menjadi hab pengetahuan bagi kerajaan, syarikat dan masyarakat sivil bagi meneroka amalan terbaik dan inovatif dalam pelbagai domain seperti kewangan Islam, teknologi hijau dan pertanian, keusahawanan serta industri halal.
"Melalui forum ini, kerajaan, syarikat, organisasi antarabangsa, pelabur dan masyarakat sivil boleh bersidang untuk membincangkan dan membahaskan isu utama ini. Acara ini adalah jalan untuk semua ini berhubung, bekerjasama dan menyumbang," katanya kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata sebanyak 37 negara akan menyertai GMBF 2023.
Awang Tengah berkata forum bertemakan 'Inovasi dan Transformasi dalam Ekonomi Islam' itu akan diadakan dari 28 hingga 30 November dan dijangka menarik kira-kira 1,000 hadirin termasuk pemimpin global terkemuka.
Sebanyak lebih 60 penceramah tempatan dan asing terkemuka dijadualkan berkongsi pengetahuan dan pandangan mereka mengenai pelbagai isu, katanya.
Beliau berkata GMBF 2023, platform ideal untuk menghubungkan antara dunia Islam dan bukan Islam, dirancang untuk menangani cabaran dan peluang dalam ekonomi Islam dengan lima objektif.
"Antara lima objektif itu adalah merapatkan dunia Islam dengan menjalinkan hubungan dan perkongsian yang lebih kukuh khususnya di Timur Tengah, Asia dan dunia luar serta menggalakkan pelaburan di negara-negara dengan meneroka peluang pertumbuhan baharu," katanya.
Beliau berkata melalui forum itu, para pemimpin boleh mengetengahkan ekonomi hijau serta perkongsian untuk tindakan iklim dan Inovasi.
GMBF 2023 dihoskan oleh kerajaan Sarawak dan anjuran bersama KSI Strategic Institute for Asia Pacific, Dewan Perniagaan, Industri dan Pertanian Islam (ICCIA) serta Global One.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ICCIA
#menangani cabaran
#ekonomi hijau
#kewangan Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan