awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar rasmi penutup program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Bernama
Bernama
10/12/2023
08:24 MYT
Anwar rasmi penutup program Setahun Bersama Kerajaan Madani
Anwar hadir ke majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
Hadir sama kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan menteri Kerajaan Perpaduan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan akan menyampaikan amanat pada majlis petang ini sebelum menyertai sesi dialog Malaysia Madani bersama-sama dengan Ahmad Zahid dan Fadillah.
Beliau juga akan menyampaikan hadiah cabutan bertuah yang menawarkan sebuah pangsapuri sebagai hadiah utama.
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani diadakan dengan tiga objektif iaitu menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif baharu kepada rakyat, meningkatkan pemahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan serta membina kepercayaan dan keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan secara berkala.
Program tiga hari yang bermula pada Jumaat dari 9 pagi hingga 10 malam itu memfokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan Madani, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Madani
#Anwar Ibrahim
#setahun bersama Kerajaan MADANI
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan