awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar sekadar umum cukup majoriti, Kerajaan tidak akan tumbang - Naib Presiden Pas

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
23/09/2020
06:36 MYT
Anwar sekadar umum cukup majoriti, Kerajaan tidak akan tumbang - Naib Presiden Pas
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kenyataan yang dibuat Anwar tidak boleh menentukan perubahan kerajaan kerana ia perlu melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong serta usul di parlimen. - Gambar fail
Kerajaan tidak akan tumbang susulan sidang media Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan telah mendapat cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kenyataan yang dibuat Anwar tidak boleh menentukan perubahan kerajaan kerana ia perlu melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta usul di Parlimen.
Bagaimanapun, katanya, Pas masih sangsi dengan dakwaan bahawa Ahli Parlimen Port Dickson itu mempunyai cukup majoriti membentuk kerajaan.
“Sebelum ini, sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan dan pelantikan semula perdana menteri perlu dilakukan, beliau memberitahu mereka mempunyai bilangan (majoriti) yang cukup.
“Ramai-ramai (ahli parlimen) yang naik bas ke Istana Negara tetapi apa yang berlaku? Tiada angka, jadi kami tunggu,” kata Mohd Amar ketika ditemui selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kelantan di sini pada Rabu.
BACA: Kerajaan Tan Sri Muhyiddin telah jatuh - Anwar
BACA: Bukan kerajaan 'back door' - Anwar Ibrahim
“Sekiranya betul-betul dari segi kaedahnya dia mempunyai cukup bilangan, dia (Anwar) perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong.
“Kalau (usul) undi tidak percaya dibawa ke Parlimen tetapi perdana menteri mempunyai dua pilihan, sama ada untuk meletak jawatan atau menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
“Itu keadaannya, tetapi kerajaan tidak akan tumbang dengan pengisytiharan yang dibuat. Itu prosesnya,” katanya.
Tambahnya, Pas mengambil ketetapan untuk menunggu dan mengikuti perkembangan semasa.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kerajaan
#kerajaan baharu
#Mahathir
#majoriti
#Mohd Amar Nik Abdullah
#PAS
#tumbang
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan