awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes gaduh berkumpulan di Port Dickson
[TERKINI] Pas sedia terajui PN, tidak anggotai Exco MB Perlis - Takiyuddin
Kesatuan pembangkang lebih penting daripada polemik Perlis - Pengerusi URIMAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia

Bernama
Bernama
30/12/2025
04:15 MYT
Bekas PM Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia
Zia, yang merupakan perdana menteri wanita pertama negara itu, dilaporkan mengalami beberapa komplikasi kesihatan. - Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Bekas Perdana Menteri Bangladesh Khaleda Zia, meninggal dunia pada usia 80 tahun selepas sekian lama menghidap pelbagai penyakit, menurut pengumuman Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Bekas Perdana Menteri Bangladesh Khaleda Zia meninggal dunia pada usia 80 tahun selepas mengalami pelbagai penyakit, termasuk masalah jantung, diabetes, artritis, sirosis hati dan buah pinggang.
  • Kehilangan Zia memberi impak besar kepada politik negara, terutamanya dalam konteks persaingan politik antara parti-parti utama seperti Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) dan kerajaan Sheikh Hasina.
  • BNP mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina mengehadkan akses Zia kepada rawatan perubatan yang mencukupi, serta menghalangnya mendapatkan rawatan lanjut di luar negara; ini menimbulkan kontroversi dalam arena politik Bangladesh.

Zia, yang merupakan perdana menteri wanita pertama negara itu dan isteri kepada bekas Presiden Bangladesh Ziaur Rahman, dilaporkan mengalami beberapa komplikasi kesihatan termasuk penyakit jantung, diabetes, artritis, sirosis hati dan masalah buah pinggang, menurut Anadolu Ajansi (AA).
Beliau dimasukkan ke Hospital Evercare di Dhaka pada 23 Nov selepas mengalami masalah pernafasan. Keadaannya semakin merosot dan beliau dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu pada 27 Nov.
Doktor yang merawatnya menggambarkan keadaannya sebagai amat kritikal. Beliau berada dalam keadaan bergantung kepada sokongan hayat dan menjalani rawatan dialisis sejak beberapa hari lalu.
Kesihatan beliau dilaporkan merosot dengan ketara semasa menjalani hukuman penjara di bawah pemerintahan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, yang kerajaannya digulingkan tahun lalu, menurut BNP.
Parti itu mendakwa bahawa Hasina telah mengehadkan akses Zia kepada rawatan perubatan yang mencukupi serta menghalangnya daripada mendapatkan rawatan lanjut di luar negara.
Zia dibebaskan daripada tahanan rumah tidak lama selepas Hasina melarikan diri ke India pada Ogos tahun lalu. Beliau kemudiannya berangkat ke United Kingdom pada Januari tahun ini untuk mendapatkan rawatan.
Zia dipenjarakan pada Februari 2018 selama lima tahun selepas disabitkan kesalahan atas tuduhan rasuah dan dibebaskan kepada tahanan rumah pada Mac 2020 selepas tahap kesihatannya semakin merosot.
Pada Januari tahun ini, Mahkamah Agung Bangladesh membebaskan Zia daripada pertuduhan terakhir berkaitan rasuah, sekali gus membolehkannya bertanding dalam pilihan raya umum pada Februari.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Bangladesh
#khaleda zia
#meninggal dunia
#komplikasi kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan