KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakan majlis penutup 'Persidangan Antarabangsa AbdulHamid AbuSulayman: Sumbangan Intelektual dan Reformasi Pendidikan' di Dewan Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, dekat sini.
Kehadiran Perdana Menteri bagi menghargai jasa perjuangan Allahyarham Prof Emeritus Datuk Dr AbdulHamid AbuSulayman memartabatkan dunia pendidikan dan inovasi Muslim dalam dunia pendidikan, selain AbdulHamid merupakan rektor kedua UIAM dari 1988 hingga 1998.
"AbdulHamid, sememangnya seorang yang terkenal dengan semangatnya yang ingin melakukan perubahan ... sebab itulah saya mempopularkan 'asmatul aqal' kerana ia merupakan krisis minda Muslim yang seiring dengan islah al-fiqh," kata beliau ketika mengakhiri ucapannya pada majlis itu.
Turut hadir anak perempuan AbdulHamid, Muna AbuSulayman, Rektor UIAM Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Presiden International Institute of Islamic Thought (IIIT) UIAM Dr Hisham Altalib.
Persidangan yang diadakan selama dua hari bermula semalam dengan dihadiri 300 peserta dari pelbagai negara itu mengetengahkan lapan tema perbincangan berkaitan isu dalam dunia pendidikan berteraskan Islam serta pengaruh dan perwatakan AbdulHamid.
Persidangan tersebut dianjurkan oleh International Institute for Muslim Unity UIAM dengan kerjasama IIIT UIAM and FairFax University of America.
Dalam majlis sama, Anwar turut melancarkan empat buah buku yang meliputi hal berkaitan transformasi dalam dunia pendidikan, kekeluargaan serta budaya dan perbandingan antara pemikir barat dan pemikir timur.
Buku-buku berkenaan ialah "Bringing Higher Education to a Greater Height: A Festschrift in Honour of AbdulHamid AbuSulayman"; "Sixty Years between East and West: Planning, Perseverance and Implementation"; "Bias in Popular Culture: The Power of Visual and Linguistic Narratives" dan "Parent-Child Relations a Guide to Raising Children".
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakan majlis penutup 'Persidangan Antarabangsa AbdulHamid AbuSulayman: Sumbangan Intelektual dan Reformasi Pendidikan' di Dewan Utama, UIAM. - BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Anwar sempurnakan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Abdulhamid Abusulayman di UIAM
Persidangan tersebut dianjurkan oleh International Institute for Muslim Unity UIAM dengan kerjasama IIIT UIAM and FairFax University of America.