PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan luar biasa sempena lawatan rasmi beliau ke China baru-baru ini adalah hasil daripada semangat berpasukan dan kerjasama rentas kementerian yang telah dilaksanakan sebaik mungkin.
Menurutnya, hasil usaha penjawat awam menyusun acara, kira-kira 50 syarikat gergasi China yang bernilai berpuluh bilion dolar dapat dihimpunkan sempena lawatan itu.
"Ini kerana usaha yang dibuat bukan sahaja oleh Kementerian Luar, tapi semua kementerian terkait berbincang dan menemui mereka sebelum ada pertemuan itu," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Sempena lawatan rasmi Anwar ke China itu, Malaysia meraih komitmen pelaburan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM170 bilion daripada pelabur China, hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dengan China.
Anwar dalam pada itu berkata kaedah cekap dan bersih perlu dilaksanakan dalam setiap urusan bagi menarik dan menambah keyakinan pelabur dalam negara.
Beliau tidak menafikan masih ada pihak yang meminta komisen ketika berurusan dengan kerajaan.
"Budaya lama (jika) mahu dibersihkan mengambil masa lama, jadi saya minta kerjasama saudara kerana apabila imej itu baik, ia mudah sekali," katanya.
Anwar berkata sekiranya tadbir urus, tatakelola dan imej baik dapat dikekalkan, masa depan negara akan lebih cerah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga JPM di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
AWANI Ringkas: Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.
[TERKINI] Serangan Ulu Tiram: Lima anggota keluarga suspek ditahan
Sebelum berakhir, ini lagi laporan yang baru kami terima berhubung serangan Ulu Tiram.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Polis mengesahkan menahan lima ahli keluarga suspek serangan yang didakwa merupakan ahli Jemaah Islamiyah.
Kesemua mereka berumur antara 19 ke 62 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Harap insiden Meta turunkan berita pertemuan PM, pemimpin Hamas tidak berulang - Fahmi
Fahmi harap insiden pengendali platform media sosial Meta menurunkan laporan berita pertemuan Perdana Menteri dengan pemimpin Hamas tidak berulang.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.