awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tertinggi dalam sejarah, Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bil dari China

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
01/04/2023
04:54 MYT
Tertinggi dalam sejarah, Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bil dari China
Anwar berkata pencapaian tersebut adalah tertinggi direkodkan dalam sejarah daripada pelabur China. -Bernama
BEIJING: Malaysia memperoleh komitmen pelaburan dari China sebanyak RM170 bilion hasil lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China selama empat hari.
Perdana Menteri ketika mengumumkan perkara tersebut di hadapan ribuan pelabur dan ahli perniagaan berkata pencapaian tersebut adalah tertinggi direkodkan dalam sejarah daripada pelabur China.
Ia adalah hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China sebentar tadi.
“Kita telah mencapai komitmen sebanyak RM170 bilion dan saya perlu berterima kasih kepada para pelabur kerana memberi kerjasama dan keyakinan kepada Malaysia.
“Ini adalah untuk masa depan Malaysia,” katanya dalam pengumuman ringkas itu, di sini pada Sabtu.
Antara syarikat terlibat merangkumi sektor perumahan, pembinaan, pendidikan, teknologi, pertanian, serta tenaga.
Pemeteraian memorandum berkenaan disaksikan oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan.
Turut hadir Menteri Perdagangan, Antrabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Selain itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Menteri Pelancongan dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah pelaburan besar diumumkan Perdana Menteri itu membabitkan komitmen pelaburan syarikat swasta dari China.
Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak RM10 bilion komitmen pelaburan dipersetujui hasil pertemuan Anwar bersama 50 pelabur berprofil tinggi dan tokoh korporat China pada sesi meja bulat.
Manakala, RM70 bilion lagi adalah daripada pemeteraian 19 MoU pada forum berkenaan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Lawatan rasmi ke China
#komitmen pelaburan dari China
#pelabur China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan