awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Arahan berpindah dikeluarkan ketika ribut kuat landa pantai timur Australia
DUNIA
6 maut, ramai cedera dalam letupan kilang mercun di selatan India
MALAYSIA
Lelaki nyaris maut, pikap terkena tembakan di hadapan sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Anwar tegaskan semula kesepaduan ASEAN, kekalkan hubungan erat dengan Kemboja

Bernama
Bernama
16/05/2025
09:46 MYT
Anwar tegaskan semula kesepaduan ASEAN, kekalkan hubungan erat dengan Kemboja
Anwar menegaskan semula komitmen Malaysia terhadap kesepaduan ASEAN dan penglibatan konstruktif dengan rakan serantau, termasuk Kemboja. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semula komitmen Malaysia terhadap kesepaduan ASEAN dan penglibatan konstruktif dengan rakan serantau, termasuk Kemboja, di tengah cabaran geopolitik kompleks dan kebimbangan meningkat mengenai penindasan rentas sempadan.

Ringkasan AI
  • Komitmen terhadap Kesepaduan ASEAN: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan ASEAN kekal bersatu menghadapi cabaran geopolitik, ketegangan perdagangan, dan tekanan daripada kuasa besar.
  • Kerjasama Serantau & Isu Siber: Malaysia dan ASEAN meningkatkan usaha menangani jenayah rentas sempadan, termasuk penipuan siber, dengan Anwar menafikan penglibatan langsung kerajaan Kemboja dalam isu tersebut.
  • Hubungan Diplomatik & Penyelarasan: Malaysia mengekalkan hubungan erat dengan Kemboja dan berjanji untuk membincangkan isu keselamatan serta perdagangan secara langsung dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet.

Dalam temu bual dengan 101 East Al Jazeera, yang disiarkan pada Khamis di platform YouTube saluran itu, Anwar berkata ASEAN mesti kekal bersatu ketika mengharungi landskap global yang semakin tidak menentu, terutamanya berikutan tekanan yang meningkat daripada kuasa besar dan ketegangan perdagangan yang memuncak.
"Kami telah menunjukkan kesepaduan. Saya fikir kita perlu mengukuhkan ikatan itu bersama dalam persekitaran geopolitik yang berubah ini. Fokusnya adalah pada perdagangan dalaman, pelaburan, dan mengambil pendirian bersama berhubung kuasa besar dan jiran kita," katanya dalam temu bual bersama wartawan kanan Mary Ann Jolley.
Anwar juga menyifatkan hubungan Malaysia dengan negara jiran sebagai "cemerlang", menekankan bahawa banyak isu serantau lebih baik diselesaikan melalui penglibatan peribadi secara langsung.
Beliau mengulangi bahawa pemusatan ASEAN mesti kekal sebagai prinsip panduan teras ketika rantau ini berhadapan dinamika perdagangan global baharu, termasuk dasar tarif yang boleh menjejaskan negara anggota.
Sambil mengakui perubahan tarif, terutamanya daripada Amerika Syarikat, boleh memberi kesan negatif kepada Malaysia, beliau berkata, "Jika kita dapat menjamin perpaduan ASEAN, kita mungkin dapat mengurangkan sedikit kesannya."
Menyentuh isu penipuan siber yang semakin berleluasa di Asia Tenggara, termasuk Kemboja, Anwar berkata ASEAN telah meningkatkan kerjasama untuk menangani jenayah rentas sempadan.
Beliau menafikan dakwaan bahawa kerajaan Kemboja terlibat secara langsung dalam industri penipuan itu, walaupun terdapat laporan daripada badan pemerhati antarabangsa.
"Kami kini mempunyai penglibatan yang lebih proaktif dalam ASEAN mengenai keselamatan siber dan jenayah rentas sempadan...Kami sedang berusaha ke arah mewujudkan peraturan bersama," tambahnya.
Anwar turut menyatakan Malaysia terus mengekalkan kerjasama rapat dan berkesan dengan pihak berkuasa Kemboja, menggambarkannya sebagai "tiada tandingan".
Beliau berjanji akan menyuarakan masalah baharu terus kepada Perdana Menteri Kemboja Hun Manet.
"Saya akan berbincang dengan rakan sejawat saya, Perdana Menteri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN
#Kemboja
#cabaran geopolitik kompleks
#penindasan rentas sempadan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami