awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar terima panggilan Trump, Malaysia kekal sedia bantu kestabilan serantau

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2025
17:12 MYT
Anwar terima panggilan Trump, Malaysia kekal sedia bantu kestabilan serantau
Anwar berkata, Malaysia kekal bersedia membantu usaha meredakan keadaan, melindungi orang awam dan memulihkan kestabilan serantau. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Malaysia kekal bersedia membantu usaha meredakan keadaan, melindungi orang awam dan memulihkan kestabilan serantau, ujar Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau pada awal pagi Sabtu, Perdana Menteri memberitahu demikian setelah menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump.
Menurut beliau, mereka berbincang berkenaan konflik Kemboja-Thailand, hubungan dua hala serta isu global yang menjadi kepentingan bersama.
"Berhubung ketegangan di sempadan Kemboja-Thailand, saya menjelaskan peranan Malaysia yang menggesa kedua-dua negara agar bertenang dan kembali ke meja rundingan melalui dialog serta mekanisme dua hala dan ASEAN.
"Malaysia kekal bersedia membantu usaha meredakan keadaan, melindungi orang awam dan memulihkan kestabilan serantau, selaras dengan semangat kejiranan baik ASEAN," ujar beliau.
Sebagai Pengerusi ASEAN, menurut beliau, Malaysia akan memanggil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN dalam masa terdekat bagi menilai situasi dan menyokong langkah penyaheskalasian.
"Saya turut menyampaikan penghargaan atas keterlibatan aktif Amerika Syarikat dengan ASEAN serta keyakinan yang diberikan kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025," kata Anwar.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Donald Trump
#kestabilan serantau
#Thailand
#Kemboja
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan