KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu lagi polemik "permusuhan" atau "hubungan pasang-surut" antara beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamad diteruskan, sebaliknya semua pihak perlu menerima hakikat bahawa rakyat sudah memberi mandat kepadanya untuk menerajui kerajaan.
Tanpa menyatakan secara khusus mengenai status hubungannya dengan Tun Dr Mahathir, Anwar berkata tumpuan beliau ketika ini adalah melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri dan enggan melayani "kerenah" atau "celoteh" yang tidak relevan daripada negarawan itu.
"Belum ada apa-apa hubungan (situasi terkini) antara saya dengan beliau...saya pun hanya tumpu pada kerja saya (sebagai Perdana Menteri) dan saya tidak sangat melayani kerenah atau celoteh dia yang saya fikir tak begitu relevan.
"Rakyat sudah memilih dan kita diberi mandat untuk menjalankan kerja, saya tumpukan ke arah itu...tapi saya juga tidak mahu ini dianggap permusuhan (dengan Tun Dr Mahathir) berterusan...tidak perlulah," katanya ketika menjadi tetamu rancangan temu bual televisyen Indonesia, Nation Hub: Special Interview Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan di saluran CNBC Indonesia TV, malam ini.
Anwar berkata demikian sebagai menjawab persoalan mengenai hubungannya dengan Perdana Menteri Keempat dan Ketujuh itu yang sering menjadi tumpuan dan polemik pelbagai pihak, khususnya selepas Ahli Parlimen Tambun itu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 Nov lepas.
Temu bual khas itu dirakam ketika lawatan rasmi Anwar ke Indonesia selama dua hari pada 8 dan 9 Jan lepas.
Sementara itu, ditanya mengenai suasana politik Malaysia, Anwar akui keadaan politik di negara ini berbeza dengan Indonesia dan beberapa negara lain kerana permusuhan politik Malaysia disifatkannya sebagai "terlalu tajam" yang mungkin disebabkan warisan cara kepimpinan Tun Dr Mahathir.
"Siapa yang tidak mendukungnya (Tun Dr Mahathir) dianggap musuh...dan situasi ini (permusuhan politik yang tajam) berkembang sehingga kini.
"Tapi sekurang-kurangkan kita (Kerajaan Perpaduan) cepat bertindak (ubah kepada cara baharu) dengan memikirkan soal negara, masa depan dan kestabilan politik hingga berjaya membentuk pergabungan dengan pendirian tatakelola baik dan menolak korupsi dan prinsip ini telah disepakati.
"Saya harap pembangkang kita (di Malaysia) juga tidak terlalu mempertajamkan (permusuhan) dan saya juga minta mereka hindari daripada mengeluarkan kenyataan yang menghukum dan mengkafirkan orang...jika ini dapat diringankan, kita boleh berdialog dengan lebih baik," katanya.
Selain itu, dalam soal kritikan rakyat terhadap kerajaan khususnya golongan muda, Anwar berkata rakyat tidak boleh dipersalahkan sebaliknya ia adalah cabaran kepada kerajaan kerana rakyat sentiasa menilai prestasi Kabinet pimpinannya.
Bagaimanapun tegas Perdana Menteri, "ketajaman politik" sehingga mengkafirkan orang lain harus dibendung dan malah jika terdapat anak muda yang cenderung dengan ekstremisme juga perlu dibendung dengan sifat kasih sayang.
"Misalnya, saya lihat nada anak muda juga pada masa sekarang dengan bulan lalu, sangat berbeza... ertinya mereka mengamalkan sikap terbuka dan tidak terkongkong dengan pemikiran yang jumud atau konservatif dan mereka juga menilai kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Anwar berkata tumpuan beliau ketika ini adalah melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri dan enggan melayani "kerenah" atau "celoteh" yang tidak relevan daripada negarawan itu. - Gambar fail
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.