awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar ucap tahniah kepada Srettha Thavisin atas pelantikan sebagai PM baharu Thailand

Bernama
Bernama
23/08/2023
14:56 MYT
Anwar ucap tahniah kepada Srettha Thavisin atas pelantikan sebagai PM baharu Thailand
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada taikun hartanah Srettha Thavisin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada taikun hartanah Srettha Thavisin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu.
Anwar berkata beliau turut mengundang Srettha ke negara ini dalam masa terdekat bagi memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Thailand di pelbagai bidang.
"Semoga hubungan Malaysia dan Thailand akan terus diperkukuh demi manfaat bersama," katanya dalam hantaran di laman Facebook yang turut memuat naik video memaparkan perbualan beliau dengan Srettha.
Menerusi video itu, Srettha turut menzahirkan harapan untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand serta berharap untuk bertemu dengan Anwar dalam masa terdekat.
Semalam, Srettha, 60, dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand yang baharu sekali gus menyaksikan buat julung kalinya, jawatan itu disandang oleh rakyat biasa dalam tempoh lebih sembilan tahun.
Pemilihan itu juga menamatkan kemelut politik yang mencengkam Thailand sejak tiga bulan lepas dan membuka laluan kepada pembentukan kerajaan campuran baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#ucap tahniah
#PM baharu Thailand
#Srettha Thavisin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan