HUKUMAN sebatan yang dijalankan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu semalam terhadap dua wanita kerana cubaan melakukan hubungan sejenis dalam kereta telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan masyarakat.
Justeru, masyarakat perlu diberi penjelasan mengenai perbezaan antara hukuman sebatan yang dilaksanakan oleh mahkamah syariah dengan mahkamah sivil, kerana kedua-duanya mempunyai cara dan pendekatan yang berbeza.
Reaksi negatif itu dipercayai disebabkan oleh kurangnya pemahaman masyarakat terhadap pelaksanaan hukuman itu di mahkamah syariah.
Usah panik
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata masyarakat tidak perlu panik atau risau kerana hukuman sebatan yang dijalankan oleh mahkamah syariah adalah berbeza daripada hukuman serupa yang dijatuhi mahkamah sivil.
"Kita faham masyarakat panik dan tidak bersetuju dengan hukuman itu kerana sering dimomokkan hukuman mahkamah syariah sama seperti mahkamah sivil, tetapi ia tidak benar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
"Jika kita tengok prosedur hukuman sebatan (di mahkamah syariah) pun jauh lebih lembut dan ringan berbanding sebatan mahkamah sivil. Cara sebatan pula dilakukan dengan pukulan sederhana menggunakan rotan kecil dan tidak boleh kena pada muka, kepala, perut, dada dan bahagian sulit pesalah," katanya.
Beliau merujuk kes sebatan sebanyak enam kali yang dijalankan mahkamah syariah itu terhadap dua wanita berusia 32 dan 22 tahun yang cuba melakukan kesalahan itu di Dataran Arena Square, Dungun sebelum ditangkap pihak berkuasa negeri 8 April lepas.
Selain itu, kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaskan denda. Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.
Didik masyarakat
Musa berkata ramai yang kurang bersetuju hukuman dilaksanakan secara awam kerana memalukan pesalah tetapi pada dasarnya ia untuk mendidik masyarakat betapa lembut hukuman yang dijalankan oleh mahkamah syariah itu.
"Ramai yang tidak tahu tatacara hukuman yang dipakai mahkamah syariah tertakluk di bawah peruntukan Seksyen 125 dan 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di bawah takzir (kuasa) negeri masing-masing.
"Jadi masyarakat terutamanya bukan Muslim tidak perlu bimbang kerana hukuman dijatuhkan mahkamah syariah walaupun dibuat di kawasan awam bertujuan mendidik dan hukumannya pun tidak sampai mencederakan pesalah," katanya.
Sebatan syarie
Sementara itu, Exco PGSM Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain berkata pihaknya mencadangkan kepada kerajaan untuk mengubah nama hukuman sebatan kepada nama "sebatan syarie" bagi mengelak kekeliruan dengan versi sebatan mahkamah sivil.
"PGSM ingin cadangkan tukar nama sebatan kepada nama 'sebatan syarie' supaya masyarakat dapat bezakan hukuman sebatan antara kedua-dua mahkamah ini. Ini kerana Malaysia ada dualisme mahkamah maka sedikit sebanyak masyarakat jadi keliru.
"Saya ingin tekankan hukuman sebatan di mahkamah syariah berbeza dengan mahkamah sivil kerana hanya guna rotan yang panjangnya tak lebih 1.22 meter dan tebal tak lebih 1.25 sentimeter," katanya.
Menurut Mohd Zaidi lagi, PGSM turut mencadangkan kepada kerajaan supaya meningkatkan kadar hukuman yang boleh dijatuhkan melalui bidang kuasa mahkamah syariah kerana hukuman sedia ada agak rendah malahan hanya sama taraf dengan hukuman jenayah kecil yang dijatuhkan mahkamah sivil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 04 2018
Hukuman sebatan yang dijalankan oleh mahkamah syariah adalah berbeza daripada hukuman serupa yang dijatuhi mahkamah sivil seperti dalam gambar ini. - Gambar hiasan/Bernama
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Banduan akhir: 'Ampunkan kami jika ini Syawal terakhir'
Setiap kali menjelang syawal sudah tentu rata-rata masyarakat beragama Islam sibuk dengan persiapan juadah, pakaian baharu serta kuih raya.
Penganggur dituduh bunuh bapa kandung guna botol kicap
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dua minggu lalu.
Kompaun RM10,000: KKM bincang dengan Peguam Negara
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengkaji semula Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
Kerajaan tidak seharusnya mansuh hukuman mati mandatori - Keluarga mangsa
Kerajaan perlu mempertimbangkan semula langkah pemansuhan perkataan mandatori dalam hukuman mati kerana ia memberi keadilan kepada keluarga.
Hukum cucuk besi panas untuk pesalah sumbang mahram
Pelaku sumbang mahram layak dihukum dengan mencucuk besi panas agar mereka faham perasaan mangsa
Tiada cadangan pinda hukuman terhadap individu enggan bayar cukai pendapatan
Kerajaan tidak bercadang meminda atau memansuhkan hukuman sedia ada terhadap individu yang enggan membayar cukai pendapatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.